Apabila seseorang sudah bersemangat untuk menulis, dia perlu mengekalkan momentum itu. Misalnya, apabila seseorang itu menghadiri bengkel atau kursus penulisan, semangat menulisnya akan membara. Maka semangat menulis ini perlu dikekalkan.
Ibarat pasangan yang memupuk kasih sayang semasa berbulan madu, mereka perlu mengekalkan momentum berkasih sayang itu apabila pulang daripada bulan madu. Kasih sayang itu diterjemahkan dalam tindak-tanduk ketika menjalani rutin harian bersama. Memelihara kasih sayang anugerah Allah dijadikan salah satu agenda besar dalam hidup. Apa saja yang dibuat dalam memenuhi tanggungjawab sebagai isteri atau suami mestilah atas rasa kasih sayang itu. Masing-masing akan memelihara kasih sayang itu agar sentiasa membara dengan menjaga hati dan perasaan pasangannya. Cuma kali ini, mereka berdepan dengan ujian dan halangan, tidak seperti tempoh berbulan madu yang semuanya manis.
Semangat menulis begitu juga. Apabila pulang daripada berbengkel atau berkursus, semangat membara untuk menulis mesti dipelihara dengan cara mula menulis dan terus menulis. Tempoh 'berbulan madu' iaitu ketika semangat menulis dipupuk dan dibakar, sudah berlalu. Momentum itu perlu diteruskan dengan memenuhi tanggungjawab untuk menulis. Ujian dan halangan perlu dihadapi.
Cara untuk mengekalkan momentum itu adalah:
1. Jadikan kerja menulis sebagai salah satu agenda besar dalam hidup. Apabila kerja menulis dianggap besar, penulis akan mampu mengatasi halangan yang mendatang. Tetapi apabila kerja menulis dianggap kerja kecil atau kurang penting, halangan yang biasa-biasa saja pun akan mengganggu dan menghentikan momentum atau semangat untuk menulis. Misalnya, tarikan sebuah rancangan tv saja pun boleh mengganggu momentum untuk menulis!
2. Buat sasaran dalam menulis. Misalnya, sasarkan untuk menyiapkan sebuah buku dalam tempoh enam bulan. Sasaran mesti realistik. Dengan membuat sasaran yang realistik, penulis dapat merancang gerak kerja yang juga realistik untuk mencapai sasaran itu.
3. Bergaul dengan sesama penulis atau yang sama-sama mahu serius menulis. Dengan kata lain, masuk ke dalam komuniti penulis. Seorang pelajar akan bersemangat untuk belajar apabila bergaul dengan sesama pelajar yang serius mahu belajar. Begitu juga penulis, dia akan bersemangat untuk menulis apabila bergaul dengan orang yang sama-sama serius mahu menulis.
4. Baca buku-buku atau makalah yang memuatkan ilmu-ilmu penulisan dan hadiri mana-mana bengkel atau kursus penulisan. (Bengkel dan kursus penulisan juga adalah tempat yang baik untuk bertemu dengan sesama penulis atau calon penulis.)
5. Cari mentor dari kalangan penulis atau pembimbing penulis yang boleh membimbing dan memberi motivasi untuk terus menulis.

2 comments:
Salam..perkara No 2 mungkin ada sedikit kesukaran. Mampu secara online sahaja. Mungkin pihak GISB boleh usahakan sesuatu. Insya-Allah.
Wkmslm Cikgu Zayu Hisham,
Rasanya apa yang cikgu maksudkan adalah perkara nombor 3 - masuk ke dalam komuniti penulis. Kami sudah merancang gathering, nanti akan dimaklumkan kepada semua penulis GISB, insya-Allah.
Post a Comment