Saya teruja. Saya baru membaca satu e-mel panjang daripada seorang novelis Galeri Ilmu. Novelis ini menge-melkan jadual penulisan novel-novelnya untuk beberapa bulan akan datang - dua buah novel dewasa (termasuk satu trilogi), sebuah novel awal remaja dan dua kumpulan cerpen.
"Saya sekadar memberitahu sahaja untuk persediaan encik menerima buku-buku saya," catat novelis ini di hujung e-melnya.
"Saya sekadar memberitahu sahaja untuk persediaan encik menerima buku-buku saya," catat novelis ini di hujung e-melnya.
Dalam e-melnya itu, novelis ini siap melakarkan tarikh sasaran beliau akan menyiapkan setiap satu karyanya itu. Dibentangkannya juga sinopsis setiap buku dan kelebihan setiap novel dan kumpulan cerpen yang dirancangnya itu. Dua daripadanya sudah pun siap ditulis tetapi beliau akan menulisnya semula "agar penulisannya lebih cantik, perjalanan ceritanya lebih mantap dan gaya penulisannya adalah segar".
Saya hanya mahu menyatakan bahawa saja teruja.
1 comment:
hilal?
Post a Comment