BENGKEL PENULISAN ISLAM

BENGKEL PENULISAN ISLAM TARIKH & TEMPAT: Belum ditetapkan dalam waktu terdekat.

Friday, May 7, 2010

Hilal Asyraf


Hilal Asyraf. Satu nama baru dalam dunia penulisan tanah air. Usianya masih muda. Malah masih terlalu muda bagi seorang penulis yang sudah menghasilkan tujuh buah buku - dua buku motivasi dan lima buah novel.

Saudara Hilal Asyraf yang masih menuntut di University of Yarmouk, Jordan dalam jurusan usuluddin, berusia 21 tahun. Saya tidak melihat usianya, saya melihat kematangannya dalam berkarya. Karya-karyanya sama ada yang sudah dibukukan mahupun yang disiarkan di laman blognya, langitilahi.com, mempunyai sentuhan tersendiri dalam menyampaikan dakwah dan tarbiah.

Justeru, walaupun masih baru dalam dunia penulisan, Saudara Hilal Asyraf sudah memperlihatkan potensi besar. Sedikit sebanyak beliau sudah menguasai seni-seni penulisan, khususnya penulisan komunikatif dalam menyampaikan dakwah dan tarbiah termasuk karya fiksyen. Cerpen-cerpen dan novel-novel Islaminya sudah diterima khalayak. Latar belakang pendidikan agamanya menolak beliau ke depan dalam menghasilkan karya-karya fiksyen Islami yang memberi impak tersendiri.

Saudara Hilal Asyraf akan pulang bercuti selama lebih tiga bulan mulai awal Jun. "Saya tak rancang pun nak balik ni. Umi suruh balik," beritahu beliau dalam e-mel. Galeri Ilmu sudah menyusun beberapa program untuk diisi oleh Saudara Hilal sepulangnya beliau ke Malaysia nanti.

Selain daripada program promosi, kami telah mengatur tiga sesi bengkel yang akan dikendalikan oleh Saudara Hilal, iaitu bengkel penulisan fiksyen Islami (cerpen dan novel). Bengkel penulisan itu juga akan dipakejkan dengan perkongsian tentang pengurusan blog.

Bengkel itu akan diadakan pada tarikh dan di tempat berikut:

Bengkel Ekspres Penulisan Fiksyen Islami di Kota Damansara - 12 Jun.
Bengkel Penulisan Fiksyen Islami dan Pengurusan Blog di Kota Damansara - 26 & 27 Jun.
Bengkel Penulisan Fiksyen Islami dan Pengurusan Blog di Alor Setar - 23 & 24 Julai.

Maklumat terperinci akan diuar-uarkan dalam majalah ANIS, di blog ini, di blog Jabatan Buku GISB dan laman web Galeri Ilmu.

1 comment:

fizzahyahiya said...

Im interested to join the workshop. Glad if u can give the details. Thanks.