Apabila karya kita diterbitkan dan pembaca membelinya, maka berlaku apa yang disebut reader's contract. Pembaca mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli buku atau novel itu, manakala penulis (dan penerbit) menjanjikan pengalaman membaca yang berbaloi dengan nilai wang yang pembaca keluarkan itu. Ada pernjanjian atau kontrak tidak rasmi di situ.
Oleh sebab itu, sebagai penulis, kita tidak boleh menulis sambil lewa. Kita tidak boleh mengambil sikap, asalkan karya kita diterbitkan, itu sudah lebih daripada cukup. Tidak boleh begitu. Penulis mesti mengambil sikap yang lebih murni, iaitu memandangkan pembaca sudah mengeluarkan sejumlah wang untuk memiliki buku atau novel kita maka kita mesti memastikan nilai isi (content value) karya itu memenuhi jangkaan (expectation) pembaca.
Sebagai penulis Islam, kita juga ada 'kontrak' dengan Tuhan.

Kita bukan saja perlu memastikan karya kita berbaloi dibeli dan dibaca, malah perlu juga memastikan karya itu memberi impak yang positif kepada pembaca.
Kita menulis bukan sekadar untuk memberi kepuasan kepada pembaca tetapi untuk mengajak kepada sesuatu. Mengajak pembaca kepada membesarkan Allah, membesarkan syariat Allah dan merasai indahnya Islam, satu-satunya peraturan hidup yang paling sempurna (kerana ia datang daripada Yang Maha Sempurna).
Ruang yang Allah berikan kepada kita untuk berkarya perlu kita manfaatkan untuk 'mempromosikan' Allah dan peraturan hidup daripada Allah. Anugerah Allah dalam bentuk bakat, kemahiran menulis, idea menulis dan segala macam nikmat yang membolehkan kita menulis, perlu kita manfaatkan untuk bercerita atau membawa manusia kepada Allah. Jangan hanya bercerita atau membawa kepada makhluk Allah tanpa mengaitkannya dengan Allah.
Inilah 'kontrak' kita dengan Tuhan.
No comments:
Post a Comment