BENGKEL PENULISAN ISLAM

BENGKEL PENULISAN ISLAM TARIKH & TEMPAT: Belum ditetapkan dalam waktu terdekat.

Tuesday, February 9, 2010

BENGKEL LANJUTAN PENULISAN NOVEL ISLAMI

Bengkel ini akan diadakan di Galeri Ilmu Sdn Bhd (GISB) pada Sabtu, 27 Februari 2010, dari 10 pagi hingga 2 petang. Moderatornya ialah novelis yang tidak asing lagi, Puan Nisah Haron.

Para peserta terdiri daripada bekas peserta bengkel penulisan novel Islami/novel remaja Islami anjuran GISB dan telah mengajukan sinopsis dan bab contoh untuk novel masing-masing. Mereka yang belum mengajukannya, boleh berbuat demikian sebelum/pada 20 Februari, seminggu sebelum berlangsungnya bengkel.

Bengkel ini adalah bengkel praktikal. Penulis yang sinopsis dan bab contohnya 'lulus' dalam bengkel ini akan terus diberikan surat tawaran penerbitan yang menyatakan kesediaan GISB untuk menerbitkan karyanya.

Bayaran penyertaan adalah RM130 untuk empat jam bengkel, termasuk makan minum dan ruang solat yang selesa. Peserta dihadkan kepada lapan orang sahaja.

Peserta yang telah mengesahkan kehadiran:
1. Zayu Hisham (BNR DIS09)
2. Fadhilah Yaacob (BNR OKT09)
3. Nurull Halawati
4. Maszuraini
5. Zaihanim Zainal Abidin (BNR OKT09)
6. Dissa Azmin (BNR OKT09)
7. Siti Azlina Mohd Ali


2 comments:

WZWY said...

Salam...

Daftarkan nama saya sebagai peserta pertama kursus. Bab ke 2 dalam proses penulisan.

WZWY said...

Alhamdulillah.Kursus sudah selesai.Tugasan baru menanti untuk disiapkan.