BENGKEL PENULISAN ISLAM

BENGKEL PENULISAN ISLAM TARIKH & TEMPAT: Belum ditetapkan dalam waktu terdekat.

Thursday, July 2, 2009

Ulasan Novel VT

Ini adalah ulasan novel VT oleh Saudara Reff Fizan, pelajar Bioteknologi di Universiti Queensland, yang tersiar di dalam blog beliau http://reffizan.blogspot.com/2009/07/vt-satu-fenomena.html


VT : Satu Fenomena
Thursday, 2 July 2009
VT ana anggap sebagai saingan kepada Ayat-Ayat Cinta, satu novel fenomena yang mengangkat nama Habiburrahman El-Sherazy dalam dunia penulisan Islami. Hal ini didokong padu oleh editor buku ini sendiri iaitu Dr. Amida Abdul Hamid. Pada ana, VT mampu mengangkat nama Hilal Asyraf.

Apabila mengetahui buku ini berkenaan bola tampar, ana terbayang-bayang filem Baginda arahan Aziz M. Osman. Tapi apabila diteliti, plot dan penceritaannya agak berbeza. Baik, ana tidak mahu membanding-bandingkan VT dan Baginda.

TERBAIK!Itulah kata-kata yang mampu ana ucapkan untuk novel ini. Orang kata "Jangan menghakimi buku melalui kulitnya." Benar, ada yang mengatakan sebegini "Tak nak la baca, kulit dia tak menarik." Tapi terpulang, VT bagi ana sangat-sangat menarik. Pada ana, inilah novel yang ana baca tiap-tiap patah perkataan dan ana ulang pada beberapa bahagian untuk mendapatkan 'jiwa' cerita yang cuba disampaikan. Ceritanya memang boleh dijangkakan pengakhiran tapi tetap ada sedikit twist. Setiap konflik dan persoalan yang muncul menghangatkan pembacaan novel yang digarap secara realistik dan boleh diterima akal, tak seperti kebanyakan novel lain yang agak imaginatif.
Novel ini juga ada misterinya. Misteri tentang Hussam dan Faiz yang hanya akan terjawab jika antum membaca novel ini benar daripada A-Z. Jangan bimbang dengan bosan. 'Mood' untuk meneruskan pembacaan novel ini telah dibina dengan baik daripada muka pertama lagi. Tidak seperti novel-novel lain yang hanya muncul pada babak-babak menuju klimaks.

Novel ini juga merupakan novel pertama di mana ana terpaksa meminta bantuan pakcik Google untuk lebih menjiwai dan berfantasi. Bukanlah maksudnya novel ini sukar difahami. Cuma ana ingin meletakkan diri ana di dalam cerita ini. Ana mencari tahu tentang MATRI, serta menonton beberapa video perlawanan bola tampar supaya ana sendiri dapat membayangkan gerakan-gerakan yang dijelaskan di dalam buku ini dengan betul.

VT tidak menjanjikan kisah cinta asyik masyuk antara lelaki dan perempuan. Tiada watak perempuan di dalam novel ini yang dijelaskan secara serius. Jika ada, cuma menyebut beberapa nama guru sahaja. Namun cinta tetap ada. Ukhwah, itulah kata yang terbaik. Uhuibbuka Fillah!
Ana juga kerap kali tersenyum membaca novel ini (Termasuk ketika membacanya di Indoroopilly Interchange Bus Station, kerana turut dibawa bersama ketika berjalan-jalan). Amat menyenangkan. Juga selalunya membawa ana balik ke zaman persekolah di SMK (A) Bandar Penawar.

Sememangnya, novel ini perlu dibaca dan dimiliki. Diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd dan cuma berharga RM25.

Cuma RM25 dan mungkin boleh diwariskan kepada anak-anak antum pada masa depan supaya mereka memahami erti perjuangan Islam.

~VT berjaya membuat hati terbang setinggi langit, namun kaki tetap berpijak di bumi~


3 comments:

Hilal Asyraf said...

Tak sangka ulasan saudara Reff mendapat perhatian Encik Zakaria.

Memang, saya suka juga cara Saudara Reff mengulas karya saya, baik VT mahupun Langit Ilahi.

Semoga ALLAH rahmati Saudara Reff.

Encik Zakaria, nampaknya, ramai betul orang menulis berkenaan VT dalam blog mereka.

Boleh lihat mereka di dalam post saya bertajuk " VT dan Langit Ilahi setakat ini..."

http://ms.langitilahi.com/vt-dan-langit-ilahi-setakat-ini/

Semoga ALLAH redha dengan segala usaha

Welma La'anda said...

salam,

saya belum lagi membaca novel ini. semoga akan membeli dan membacanya dalam masa terdekat.

Zakaria said...

Waalaikumussalam.
Sdr Hilal, saya sudah baca sebahagian ulasan VT dalam beberapa blog. Cuma, rasanya setakat ini belum ada ulasan yang betul-betul 'detail' atau menyeluruh.

Welma La'anda, setelah menjengah blog anda, saya menunggu-nunggu ulasan tentang VT di situ.