"Aku meminta ampun akan Allah dari dosa perkataan yang tidak diiringi dengan amalan, kerana hal itu sama dengan mencari keturunan dengan cara berkahwin dengan orang yang mandul.
"Dosaku terlalu berat, kerana aku menyuruh engkau melakukan kebaikan tetapi aku tidak melaksanakannya. Dan aku menyuruh engkau supaya istiqamah (tetap pendirian) tetapi aku sendiri belum tetap pendirian."
Ini adalah bait-bait indah yang terkandung di dalam qasidah Burdah, himpunan syair-syair yang memuji-muji Rasulullah SAW nukilan Imam al-Bushiri (608-696H), yang diterjemahkan dengan terjemahan yang juga indah oleh Tuan Guru Hj. Ahmad Fahmi bin Zamzam (tuan guru Maahad Tarbiah Islamiah, Pokok Sena, Kedah).
Saya ingin mengajak diri saya sendiri dan para penulis lain untuk merenung diri. Maka bait-bait syair itu saya salin semula begini:
"Aku meminta ampun akan Allah dari dosa TULISAN yang tidak diiringi dengan amalan, kerana hal itu sama dengan mencari keturunan dengan cara berkahwin dengan orang yang mandul.
"Dosaku terlalu berat, kerana aku menyuruh engkau (para pembaca) melakukan kebaikan melalui TULISANKU tetapi aku tidak melaksanakannya. Dan (melalui TULISANKU) aku menyuruh engkau supaya istiqamah (tetap pendirian) tetapi aku sendiri belum tetap pendirian."
Mari kita menempelak diri kita sendiri, sebelum tiba masanya Allah menempelak kita. Kerana amat besar kebencian Allah apabila kita mengatakan (menulis) apa yang kita sendiri tidak laksanakan dalam kehidupan.
Astaghfirullah... Astaghfirullah... Astaghfirullah...
1 comment:
Terima kasih atas entri yang mengesankan ini.
Post a Comment