Benarkah menulis memerlukan mood?
Berdasarkan pengalaman saya sendiri dan beberapa orang rakan penulis, menulis memang memerlukan mood terutama apabila menulis karya fiksyen.
Siang tadi, Saudara Zabidi Mohamed singgah di meja saya. Dia berkongsi pengalamannya dalam memenuhi deadline menulis skrip drama.
“Walaupun kita sudah tetapkan sasaran untuk siapkan skrip, kadang-kadang seminggu yang pertama itu ana tak buat apa-apa. Ana akan buat benda lain dulu. Terutama kalau baru selesai menulis satu skrip, sebelum tumpu pada skrip lain, ana akan buat perkara lain untuk lupa-lupakan dulu karya itu. Selepas itu ana akan ambil masa sikit untuk dapatkan mood semula,” beritahunya.
Seorang rakan penulis yang juga penerbit drama, mengakui turut mengalami perkara itu.
Rakan penulis di GISB Saudara Roslan Kassim juga menghadapinya ketika saban bulan menulis artikel utama untuk majalah ANIS, perkara yang sama yang saya sendiri alami satu ketika dulu.
Walaupun mencari-cari mood menulis ini satu fenomena biasa, penulis yang berpengalaman selalunya tahu mengatur masanya supaya dapat memenuhi deadline yang editor sudah tetapkan.
“Selalu apabila mood menulis sudah datang, ana akan pulun untuk ‘cover’ balik hari-hari yang ana tak menulis itu,” kata Saudara Zabidi.
No comments:
Post a Comment