Seorang peninju memerlukan lebih daripada sekadar kemahiran bertinju.
Seorang peninju memerlukan kemahiran-kemahiran sokongan untuk dapat bertinju dengan baik. Dia memerlukan kemahiran membaca gerakan lawan. Dia memerlukan kemahiran memanipulasi lawan. Dia juga memerlukan kemahiran mengatur strategi untuk menang.
Seperti peninju, penulis juga memerlukan lebih daripada sekadar kemahiran menulis.
Penulis memerlukan kemahiran bercerita. Penulis memerlukan kemahiran mempengaruhi orang. Penulis memerlukan kemahiran psikologi. Penulis memerlukan juga kemahiran sosiologi. Penulis memerlukan kemahiran memujuk dan mengajak. Penulis memerlukan kemahiran berdakwah dan mendidik. Lebih penting, penulis memerlukan kemahiran berfikir dan menyusun fikiran.
Dengan kemahiran menulis dan kemahiran-kemahiran sokongan yang dia ada, seseorang itu akan dapat menulis dengan baik dan berkesan. Kalau dengan hanya kemahiran menulis (menyusun dan mengolah ayat), sukar untuk penulis pergi jauh dalam penulisan. Sukar untuk penulis menyeru, mempengaruhi, mengajak dan mendidik masyarakat. Sukar untuk penulis 'mencapai' pelbagai golongan dalam masyarakat, khususnya golongan yang menjadi sasaran utama penulisannya.
Untuk membina kemahiran-kemahiran sokongan itu, penulis perlu banyak membaca pelbagai bentuk dan genre bahan bacaan. Penulis juga perlu terjun ke tengah masyarakat. Penulis perlu beramal dan menghayati Islam dalam kehidupannya.
Penulis juga perlu dekat dengan Tuhan, kerana apabila penulis dekat dengan-Nya, Dia akan dekat dengan penulis untuk membantu kerja-kerja penulis.
6 comments:
Assalamualaikum Tuan Zakaria yang dihormati.
Terima kasih atas pencerahan di atas. InsyaAllah akan mula memburu impian membina 6 kemahiran 'bertinju ' di dalam dunia menulis iaitu,
1)Kemahiran mempengaruhi
2)Kemahiran membaca fikiran
3)Kemahiran bergaul
4)Kemahiran mengajak dan memujuk
5)Kemahiran mendidik dan berdakwah
6)Kemahiran berfikir dan menyusun fikiran
Salam ceria & inspirasi
Pemburu Impian
Assalamualaikum tuan
Terima kasih atas perkongsian yang amat bererti bagi saya yang amat dahagakan tips berguna seumpama ini.
Terima kasih tuan
Alhamdulillah atas perkongsian ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Alhamdulillah. Menyetujui dan bersyukur dengan perkongsian tuan. Menulis adalah proses pengurusan yang bersepadu - menguruskan diri sendiri, menguruskan ilmu bantu (bahan), menguruskan persekitaran, menguruskan alatan penulisan, menguruskan kaedah, mengurusakan manusia/insan (psikologikal)...
Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, moga kita sama-sama dapat mengambil manfaatnya.
Tuan-tuan sudah banyak menulis. Ada yang bukunya sudah diterbitkan (seperti Tuan Hisham, School of Tots) dan sebahagiannya ada buku yang bakal diterbitkan dalam waktu terdekat (seperti Tuan Fathuri si Pemburu Impian dan Tuan Nik Ahmad Rizal). Moga Allah lorongkan yang terbaik di sisi-Nya.
Masya-Allah, jauh lagi perjalanan saya...doakan ianya sampai ke destinasi yang sebenar...
Terima kasih atas tunjuk ajar tuan. Terima kasih
Post a Comment