BENGKEL PENULISAN ISLAM

BENGKEL PENULISAN ISLAM TARIKH & TEMPAT: Belum ditetapkan dalam waktu terdekat.

Wednesday, October 12, 2011

Ubat Pahit Bersalut Manisan

Perhatikan bagaimana seorang doktor kanak-kanak yang bijaksana mempreskipsikan ubat kepada pesakitnya. Dia akan memahami simptom yang dialami oleh kanak-kanak yang menjadi pesakitnya. Selepas itu dia akan memberikan ubat yang diperlukan oleh pesakitnya.

Ubat itu mungkin pahit di dalam, tetapi bersalut manisan dan diberi warna yang memikat di luar. Ubat itu memang diperlukan oleh kanak-kanak yang sakit tadi, tetapi datang dalam bentuk yang si kanak-kanak mahu dan suka.

Penulis dan penerbit buku juga perlu begitu. Berikan pembaca apa yang mereka perlukan, tetapi dengan gaya penyampaian dan gaya persembahan yang mereka mahu dan mereka suka.

Kadang-kadang isi tulisan yang baik tidak mampu menarik minat pembaca. Pembaca bukan menolak, tetapi tidak tertarik. Penulisnya tidak menguasai teknik dan gaya penyampaian yang boleh membuatkan orang tertarik untuk membaca tulisannya.

Kadang-kadang isi dan gaya penyampaiannya bagus dan menarik, tetapi masih tidak dapat memikat pembaca. Pembaca tidak tertarik kerana gaya persembahan buku itu (konsep reka letak, reka bentuk, jenis font, gambar hiasan dsb) tidak memenuhi citarasa mereka. Penerbit dan editor menampilkan gaya persembahan yang tidak mengikut trend.

Trend gaya membaca di kalangan pembaca buku hari ini turut dipengaruhi bahan-bahan yang mereka tonton, baca dan dengar di media lain. Apabila membaca novel misalnya, pembaca suka novel yang disulam banyak dialog dan ceritanya bergerak pantas. Pembaca tidak kisah dirinya diajar, dipujuk dan dipengaruhi sekalipun, kerana tunjuk ajar, pujukan dan pendekatan mempengaruhi itu mereka suka.

Pergerakan cerita yang pantas sesuai dengan kesukaan pembaca sekarang, kerana mereka sudah sering terdedah dengan filem dan produksi tv yang bermain dengan 'cut' dan perpindahan babak (scene) yang pantas. Sebab itu, pembaca suka novel-novel yang mengandungi beberapa babak dalam satu bab, berbanding novel yang setiap satu bab hanya terdiri daripada satu babak yang panjang.

Perkara yang sama relevan juga untuk penulisan karya non-fiksyen. Pembaca suka membaca tulisan yang disegmen-segmenkan babnya. Kalau satu-satu tulisan itu panjang, penulis menyelang-nyelikannya dengan kisah, dengan dialog, dengan case study, dengan analogi, dengan kata-kata berima, dengan petikan kata-kata hikmah dan sebagainya. Subtajuk juga membantu menjadikan tulisan itu ringan dibaca. Begitu juga ilustrasi dan kartun.

Apabila melibatkan gaya penyampaian dan gaya persembahan, ia soal teknik. Perhatikan buku La Tahzan (Jangan Bersedih). Panjang pendek artikel di dalam buku itu tidak sekata. Ada yang ringkas-ringkas, ada yang agak panjang. Artikel-artikel itu disulam dengan kisah, kata-kata hikmah, serta dalil al-Quran dan hadis. Ia menjadikan lebih 250 artikel di dalam buku itu terasa ringan dibaca. Isinya mungkin berat tetapi gaya penyampaiannya ringan dan mudah.

Teknik boleh dipelajari walaupun tanpa diajar.


10 comments:

Khairy Tajudin said...

Good info!

Pemburu Impian said...

Assalamualaikun Tuan Zakaria yang baik hati.Di doakan Tuan ceria bahagia. Amin.

Sungguh; bait-bait berikut membekas dan memotivasi.

1)Pembaca tidak kisah dirinya diajar, dipujuk dan dipengaruhi sekalipun, kerana tunjuk ajar, pujukan dan pendekatan mempengaruhi itu mereka suka.

2)Pembaca suka membaca tulisan yang disegmen-segmenkan babnya. Kalau satu-satu tulisan itu panjang, penulis menyelang-nyelikannya dengan kisah, dengan dialog, dengan case study, dengan analogi, dengan kata-kata berima, dengan petikan kata-kata hikmah dan sebagainya.

Justeru ambo terus bersemangat membedah 'La Tahzan'yang pernah dibaca beberapa tahun lalu.Ya, dulu dibaca dari kaca-mata pembaca. Kini mahu belajar membacanya dari kaca-mata penulis pula.

Terima kasih (daun keladi) ya Tuan, di atas hujan ilmu yang berterusan...

Cuma kebanjiran ilmu ini kadang-kadang bisa membuat diriku kaku entah menunggu apa?...mahu bermula dari mana...?


Salam ceria & inspirasi

Pemburu Impian

Zakaria said...

Waalaikumussalam.

Apa yang baik, ambillah kerana ia hakikatnya datang daripada Allah.

Tuan Fathuri sang pemburu impian, jangan fikir mahu bermula dari mana. Mulakan saja sekarang! Ya ... selagi Allah masih beri kita umur untuk buat kebaikan ini.

ahmadyani said...

Penulis dan editor perlu bekerjassama dengan erat untuk me'lahir'kan buku sebaik buku La Tahzan.

MARSLI N.O said...

Sdr Zakaria: Saya suka membaca catatan Sdr yang ini; "Teknik boleh dipelajari walaupun tanpa diajar."

MARSLI N.O

Zakaria said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Zakaria said...

Sdr Ahmadyani, betul perlu ada kerjasama erat dan saling mempercayai antara penulis dan editor.

Sdr Marsli, lebih dua puluh tahun lalu saya sudah terbaca ungkapan bahawa ada sesetengah perkara yang "cannot be teach but can be learned". Kita boleh belajar tanpa diajar dengan cara memerhati dan 'meniru'.

MARSLI N.O said...

Assalamualaikum Saudara Zakaria: Terima kasih kerana sudi berbagi. Blog Saudara memberikan banyak sumber panduan. Saya suka membaca dan bercermin dengannya, walau hanya sesekali menjengah. Tahniah.

MARSLI N.O

Zakaria said...

Waalaikumussalam Sdr Marsli,

Bila-bila turun ke KL nanti, singgahlah ke ofis Galeri Ilmu. Boleh sembang-sembang.

jejakmerdeka said...

Assalaualaikum

Tajuk dan isi rencana yang memberikan "kelegaan" setelah "gagal' dalam pusiangan awal mendapatkan penaja/penerbit untuk merealisasikan Jelajah Buku. Semoga Allah permudahkan saya dapat meneruskan terapi melalui perkongsian ilmu di blog ini dll sehingga "berjaya" penerbitan buku yang dicadangkan.