BENGKEL PENULISAN ISLAM

BENGKEL PENULISAN ISLAM TARIKH & TEMPAT: Belum ditetapkan dalam waktu terdekat.

Monday, May 28, 2012

Bahasa SMS dalam Karangan Bahasa Melayu?

Kecenderungan menggunakan perkataan dan ayat-ayat slanga di kalangan anak-anak kita di sekolah rupanya kritikal juga. Bahasa slanga termasuk bahasa SMS boleh dikatakan sudah dominan hinggakan dalam menuilis karangan Bahasa Melayu pun, anak-anak menggunakan bahasa slanga. Misalnya, menurut rakan penulis yang merupakan seorang guru, adalah perkara biasa kini apabila guru menemui perkataan 'aku' dieja sebagai 'aq' dalam buku latihan karangan pelajar.

Dalam situasi seperti ini, mengajar pembaca menggunakan bahasa yang betul dan baik sudah menjadi tugas besar penulis. Rosaknya bahasa adalah indikator kepada rosaknya keperibadian bangsa. Sebab itu dikatakan, "Bahasa jiwa bangsa". Jika dunia persuratan tidak diselamatkan daripada kerosakan bahasa ini dan tidak mampu menjadi benteng kepada keutuhan bahasa, wadah apa lagi yang mampu memainkan peranan itu?


Penulis perlu menjadi agen membina dan mengembangkan bahasa yang betul dan baik. Apabila penulis dapat menulis menggunakan bahasa yang betul dan baik, masyarakat ada model dalam berbahasa. Namun, sekiranya penulis ikut cenderung menggunakan bahasa yang rosak dan dicemari slanga di tahap berlebih-lebihan, habislah integriti bahasa kita di tangan mereka yang sepatutnya memeliharanya.


2 comments:

ahmadyani said...

Memang banyak blog yang menggunakan bahasa SMS, ironinya kunjungan pelawat ke blog sebegini amat banyak. Fakta sebegini bukan sesuatu yang mengembirakan. Apa tindakan menteri kita yang selalu berbunga-bunga setiap kali berkata-kata itu?

WZWY said...

Kita mulakan dengan diri dan keluarga kita. Gunakan bahasa dan tulisan yang betul.