BENGKEL PENULISAN ISLAM

BENGKEL PENULISAN ISLAM TARIKH & TEMPAT: Belum ditetapkan dalam waktu terdekat.

Tuesday, February 17, 2009

Menulis Menggunakan Analogi

Satu daripada sekian banyak ilmu penulisan yang saya perolehi daripada sifu saya adalah kaedah menulis menggunakan analogi atau perumpamaan.

“Gunakan analogi untuk memberi kesan yang lebih,” katanya. Dia sendiri suka bermain dengan analogi dalam tulisan-tulisannya dari dulu sampai sekarang.

Dalam al-Quran, Allah menggunakan banyak analogi atau perumpamaan untuk memahamkan manusia tentang sesuatu. Allah mengumpamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Allah menggunakan analogi sarang labah-labah yang lemah tapaknya, pohon yang teguh akarnya, fatamorgana di tengah padang pasir, buih yang mengembang, dan banyak lagi.


Dalam surah Ibrahim ayat 24-25 misalnya, Allah mengumpamakan kalimah yang baik (kalimah toyyibah) seperti “pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit; pohon itu menghasilkan buah pada setiap musim dengan izin Tuhannya”.

Firman Allah bermaksud: “… Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan.” (Ar-Ra’d: 17)

Rasulullah SAW juga suka berbicara menggunakan analogi.

Perhatikan maksud hadis ini misalnya:
“Perumpamaan orang Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti buah urujah (limau); baunya harum dan rasanya manis (enak). Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah kurma yang tidak berbau tetapi rasanya manis (enak). Dan perumpamaan orang munafik yang membaca al-Quran seperi minyak wangi; baunya harum tetapi rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah hanzalah (buah yang pahit), tidak mempunyai bau dan rasanya pun pahit.” (Riwayat Bukhari dan Muslim melalui Abu Musa r.a.)

Apabila kita menulis menggunakan analogi yang sesuai, pembaca akan terangsang untuk menghidupkan suis visual di dalam mindanya. Pembaca akan membayangkan sesuatu yang dekat dengan dirinya dan mengaitkannya dengan perkara yang ditulis. Cara ini sangat berkesan untuk memahamkan pembaca kepada satu-satu saranan atau idea.

Menulis ibarat memandu kereta. Semakin lama kita memandu, semakin banyak perkara seni dalam ilmu memandu yang kita dapat. Menulis menggunakan analogi adalah satu daripada seni-seni penulisan yang boleh kita kuasai melalui pengalaman.


6 comments:

saifulmujahidah said...

Alhamdulillah...
ini satu ilmu baru yang perlu diadaptasi dalam penulisan ...syukran sifu.

sifu, saya menyepi sekejap tapi dalm usaha mencari titik permulaan untuk bergelar penulis muda.

amin..

nak tanya, majalah anis kan ada keluarkan cerpen setiap bulan, ada tak tema tertentu yang di tetapkan setiap bulan ?

Zakaria said...

Moga Allah memudahkan dan memberkatinya, teruskanlah menulis.

Cerpen-cerpen dalam majalah Anis tidak ditetapkan temanya. Sesiapa saja boleh menyumbang dan menulis mengikut apa-apa tema, asalkan yang sesuai dengan khalayak pembaca, khsusnya pembaca wanita. Paling baik adalah yang bertemakan kekeluargaan, sesuai dengan skop majalah ini.

saifulmujahidah said...

owh ...

baiklah, kalu nak hantar karya bagi terus pada editor kan? adatak emelnya?

Zakaria said...

Emelkan karya itu ke: majalahanis@yahoo.com

Tujukan kepada Editor Anis, Hajah Jalilah Abdullah.

encikriduan said...

Salamualaikum,

Saya baru berjumpa dengan blog tuan. Saya sedang menyiapkan sedikit kajian tentang analogi dalam Al-Qur'an juga.

Catatan tuan membantu saya. Jazakallah.

Zakaria said...

Waalaikumussalam EncikRiduan,
Menarik kajian Tuan itu. Semoga dapat dikongsi nanti.