Akhir Februari lepas, saya memberitahu 14 orang peserta Bengkel Penerapan Nilai Islam Dalam Novel yang saya kendalikan, “Besarkan dialog, aksi dan perilaku yang positif. Pinggirkan dialog, aksi dan perilaku watak yang negatif.”
Saya menambah, “Dialog yang negatif, yang kasar dan kurang adab hendaklah seboleh mungkin diminimumkan.”
Lalu saya memberikan tiga contoh dialog yang saya maksudkan. Bagi saya, dialog-dialog itu boleh dilembutkan atau dipindahkan kepada cakap pindah.
Seperti yang saya jangka, beberapa peserta memberikan pandangan balas. Saya mendengar dengan lapang dada setiap pandangan balas itu. Pandangan-pandangan balas itu dapat saya rumuskan begini:
- Cerita akan jadi kurang hidup (tak ‘real’) jika tiada dialog kurang adab bagi menggambarkan realiti.
- Pembaca remaja akan merasakan novel itu ‘skema’ (istilah remaja sekarang mengenai sesuatu yang terlalu ‘rigid’) jika dialog-dialog biasa di kalangan mereka tidak digunakan.
Benarkah dengan memaparkan dialog-dialog yang kasar dan kurang adab maka cerita akan jadi lebih hidup? Benarkah apabila tiada dialog seperti itu dalam sebuah novel remaja, sesebuah karya akan dianggap ‘skema’ oleh pembaca?
Berdasarkan pengalaman saya membaca novel-novel yang baik, khususnya novel-novel Islami termasuk karya-karya Hamka dan Habiburrahman El-Shirazy, saya tidak melihat timbulnya isu cerita kurang hidup apabila penulis mengelakkan dialog-dialog yang kasar dan tidak beradab.
Di dalam novel-novel klasik Hamka, saya tidak menemui dialog-dialog kasar dan kurang adab yang merosakkan mood tarbiah novel itu. Hamka lebih cenderung menggunakan gaya al-Quran bercerita dan gaya hadis berkisah.
Di dalam novel Ayat-ayat Cinta, seingat saya, dialog negatif dimuatkan dengan cara sangat selektif. Antaranya dialog yang dituturkan oleh seorang rakyat Mesir dalam nada menghina kepada watak Fahri ketika sama-sama naik metro. Dialog itu selektif, dimuatkan dalam ‘dos’ sekadarnya. Tidak berlebih-lebih.
Bagaimanapun, dialog begitu amat minimum digunakan oleh Kang Abik dan ia relevan dengan cerita. Watak yang menuturkannya kemudian insaf akan kekasarannya dan meminta maaf.
Di dalam beberapa novel remaja ‘bestseller’ terbitan PTS One juga, saya tidak menemui dialog-dialog kasar dan kurang adab termasuk dalam novel-novel penulis ngetop Ain Maisara. Dialog-dialognya tidak ‘skema’ dan tidak pula kasar keterlaluan.
Di dalam beberapa novel remaja ‘bestseller’ terbitan PTS One juga, saya tidak menemui dialog-dialog kasar dan kurang adab termasuk dalam novel-novel penulis ngetop Ain Maisara. Dialog-dialognya tidak ‘skema’ dan tidak pula kasar keterlaluan.
Paling penting adalah kreativiti penulis, terutama apabila kita hendak mengajar remaja kita bercakap dengan bahasa-bahasa yang beradab.
Perhatikan contoh paragraf dari sebuah novel yang bakal diterbitkan oleh GISB ini:
Setelah itu aku tidak mendengar apa lagi yang diperkatakannya. Telingaku tepu. Aku hanya membiarkan dia terus memaki-hamun diriku dan memuaskan hatinya. Tiada gunanya aku menghabiskan suara bertekak dengan orang sepertinya. Ibarat menjirus air di atas daun keladi.
Setelah itu aku tidak mendengar apa lagi yang diperkatakannya. Telingaku tepu. Aku hanya membiarkan dia terus memaki-hamun diriku dan memuaskan hatinya. Tiada gunanya aku menghabiskan suara bertekak dengan orang sepertinya. Ibarat menjirus air di atas daun keladi.
Dalam paragraf di atas, dialog maki-hamun ‘dia’ tidak dimuatkan tetapi hanya diberitahu kepada pembaca melalui cakap pindah.
Namun, jika penulis merasakan dialog kasar dan kurang adab perlu juga dimuatkan di tempat tertentu kerana ia dirasakan sangat relevan dengan perjalanan cerita, misalnya untuk menggambarkan satu watak tidak berakhlak yang kemudiannya akan mengalami tranformasi (hijrah) menjadi baik, ia harus ditimbang dengan bijaksana. Perlu selektif dan perlu tahu ‘dos’ yang sesuai.
6 comments:
ada betulnya kata sifu ...dialog kasar akan menghilangkan penghayatan dan tumpuan untuk menerima suntikan-suntikan dakwah yang ingin disampaikan...
Salam...
Pertamanya izinkan saya link-kan blog ini dan mengangkat Tuan sbg 'Sifu' dalam nama link tersebut.
kedua, berkenaan artikel ini. Saya amat setuju dengan pandangan Sifu. Tetapi, misalnya contoh Sifu terhadap ayat2 cinta, cerita itu memang berkisar dengan kehidupan org yang skema (meminjam kata2 budak2 moden).
Tetapi bagaimanakah sekiranya kalau sebuah novel itu mengisahkan ttg budak muda yg jauh dr hidayah Tuhan? Berada dlm lingkungan budak2 dadah, mat rempit, bohsia, bohjan, misalnya tetapi semestinya kisah tersebut berakhir dgn positif).
Apa yang saya maksudkan, bagaimana mungkin kita dapat me-skema-kan dialog mereka? Sedangkan dlm realiti tidak begitu.
Terima kasih Sifu.
Wkmsalam.
Silakan sdr anTusufi untuk link-kan. Saya pun masih belajar, belum boleh jadi sifu sebenarnya, tapi apa yang saya tahu, itulah yang saya suka kongsi.
Tentang dialog budak-budak muda yang jauh dari hidayah Tuhan, pertama kita harus lihat kesesuaian memuatkan babak dan dialog itu dengan perkembangan cerita. Apakah memang perlu. Relevan atau tidak relevan.
Kedua, kita boleh lembutkan bahasa mereka apabila kita memindahkannya ke bahasa persuratan (novel/cerpen adalah medium persuratan). Bahasa slanga budak muda boleh diubah apabila diangkat ke dalam karya, supaya apabila budak remaja baca, dia diajar berbahasa. Tidaklah skema sangat tapi masih terjaga sebagai bahasa persuratan. Oleh kerana kita menulis karya fiksyen, kita memang tidak ikut sangat realiti. Kita hanya mengadaptasi kisah realiti ke kisah fiksyen, termasuk dialog realiti yang dipindahkan kepada dialog fiksyen.
Wallahu a'lam.
Salam...
Terima kasih atas penjelasan. iAllah saya akan cuba memahaminya :)
Sebenarnya sudah lama saya memikirkan akan hal ini. Kerana saya pernah belajar, banyakkan ayat dialog di dalam novel. Saya terfikir, macamanalah kalau 1/3 dlm novel itu memperihalkan ttg kehidupan budak2 muda yg 'nanar' atau nakal.
Terima kasih Sifu.
Oh ya, blogger ummunajah ada syorkan supaya mengangkat Tuan sebagai Sifu :D
byk info blog sdr ni... saya akan selalu singgah di sini.
Terima kasih atas kunjungan, Sdr Mohamad Kholid. Yang baik itu daripada Allah, moga dapat sama-sama dikongsi.
Post a Comment