BENGKEL PENULISAN ISLAM

BENGKEL PENULISAN ISLAM TARIKH & TEMPAT: Belum ditetapkan dalam waktu terdekat.

Monday, November 2, 2009

Bengkel Penulisan Novel Remaja Islami

Saya gembira dapat bekerjasama dengan novelis Ummu Hani Abu Hassan dalam berkongsi input-input tentang penulisan novel. Kami berkongsi input-input itu dengan 12 peserta Bengkel Penulisan Novel Remaja Islami di GISB, Astana Karya kelmarin (Sabtu, 31 Oktober 2009) dari 10 pagi hingga 4 petang.

Saya rasa berbaloi bersengkang mata hingga ke tengah malam di pejabat untuk menyediakan modul bengkel. Ummu Hani hanya mengisi sesi selama sejam tetapi perkongsian beliau amat selari dengan input yang saya kongsi sebelum itu dengan para peserta.

Antara lain, saya membentangkan persediaan serta langkah demi langkah yang perlu dilalui oleh novelis dalam proses berkarya - sebelum, semasa dan selepas menulis. Saya cuba membetulkan tanggapan kebanyakan penulis baru yang menganggap hanya proses 'semasa menulis' itu saja yang penting. Proses 'sebelum' dan 'selepas' tidak dianggap penting dan perlu.

Saya membentangkan hasil kajian saya, manakala Ummu Hani membenarkannya.

Saya juga berkongsi sepuluh halangan yang lazim dihadapi oleh penulis dalam menulis. Sebahagian halangan itu pernah saya hadapi sendiri, manakala selebihnya adalah pengalaman penulis lain termasuk penulis-penulis di bawah bimbingan saya.

Sudah tentu, saya juga menyarankan preskripsi 'ubat' kepada setiap satu daripada halangan-halangan itu - 'ubat' untuk malas, untuk kurang keyakinan, untuk buntu, untuk hilang momentum menulis dan untuk halangan-halangan yang lain.

Peserta-peserta bengkel kali ini terdiri daripada pensyarah IPT, guru, perunding kewangan, pelajar dan surirumah. Seperti biasa, peserta wanita lebih ramai. Dan seperti biasa, impak sebenar bengkel adalah pada sinopsis dan manuskrip yang bakal saya terima daripada para peserta, insya-Allah.




7 comments:

al-misk said...

salam..
minat menulis tapi rasa tak berbakat..
semoga istiqamah.. terima kasih atas perkongsian..

Zakaria said...

Waalaikumsalam al-misk.

Kita tidak tahu kita berbakat selagi kita tidak menulis. Yang berbakat besar, memang cepat menyerlah. Yang berbakat sederhana atau biasa-biasa saja tetapi minatnya tinggi dan ada kesungguhan, pun akan menyerlah, insya-Allah.

Zayu Hisham said...

Rahsia menjadi seorang penulis?
MULAKAN MENULIS TENTANG APA SAHAJA KITA TAHU DAN SELESA TEELEBIH DAHULU.SELEPAS ITU INSYA-ALLAH EDITOR AKAN MEMBANTU KITA MEMURNIKANNYA LAGI.
Cubalah....

al-misk said...

terima kasih.. insyaAllah semoga terus thabat di jalan-Nya

shahkang said...

ruginya tak dapat sertai
nanti saya pulang bercuti boleh la pak Ya cuit2 saya supaya rajin berbengkel

ilmu masih sedikit! Amat.

Zakaria said...

Sdr Shahkang, moga Allah merahmati sdr dan memberkati pembelajaran sdr di seberang laut sana. Nanti pengalaman itu boleh dinovelkan.

rafidah said...

salam.
bagaimana mahu menyertai bengkel?
amat berminat untuk menghasilkan novel islami