BENGKEL PENULISAN ISLAM

BENGKEL PENULISAN ISLAM TARIKH & TEMPAT: Belum ditetapkan dalam waktu terdekat.

Friday, June 17, 2011

Menuls Adalah Berfikir

"Writing is thinking," kata satu ungkapan. Menulis adalah berfikir.

Apabila menulis, kita memaksa diri untuk berfikir. Ini bermakna, semakin banyak kita menulis, semakin aktif otak kita. Saya kira ini pengalaman ramai penulis. Apabila duduk menulis, fikiran akan aktif dan idea akan berkembang. Apa yang sebelum itu tidak terlintas di fikiran 'tiba-tiba' menjelma di kertas apabila sudah duduk menulis. Idea mengalir deras bersama derasnya tangan menulis atau mengetik papan kekunci. Satu idea utama akan membawa ke satu demi satu idea cabang.

Kita tahu, banyak idea besar lahir melalui penulisan. Idea besar itu kemudiannya dapat dikongsi oleh orang lain, lalu mempengaruhi pemikiran ramai. Idea-idea besar itu dapat disusun sedemikian rupa apabila ia diturunkan di atas kertas. Selagi ia tidak diturunkan di kertas, ia masih tercaing-caing.

Oleh itu, menulis adalah salah satu cara yang baik untuk meriadah minda. Bagaimanapun, tidak semua orang yang mindanya aktif dan cara berfikirnya tersusun boleh menulis dengan baik. Sebabnya mudah - tidak semua orang melazimi kerja menulis.

Orang yang cara berfikirnya tersusun boleh menjadi penulis yang baik apabila dia membiasakan diri menulis. Dia hanya perlu banyak menulis, kerana menulis adalah satu skil atau kemahiran yang boleh dilatih. Kemahiran bukan semata-mata bakat atau anugerah semulajadi.

Memang seseorang itu tidak dapat menulis dengan baik jika dia tidak rajin menulis, tetapi itu tidak bermakna dia tidak boleh menjadi penulis. Mempunyai minda yang aktif dan cara berfikir yang tersusun adalah pakej yang baik untuk menjadi penulis yang baik asalkan seseorang itu mula dan terus menulis.

4 comments:

ainhany said...

salam en zakaria,

alhamdulillah...
menulis dengan bahasa hati
perkongsian yang menarik.

terima kasih

ahmadyani said...

Kerana itu jarang mendengar yang penulis menjadi nyanyuk pada usia tuanya. Otaknya selalu diguna untuk berfikir.

Pendekar Berkuda said...

alhamdulillah...

bersetuju dengan ahmadyani...
ambil sahaja contoh yang terdekat...
SN A. Samad Said...
Ideanya tidak pernah luntuh walau usianya telah lewat...

Anonymous said...

Alhamdulillah saya minat membaca, bagaimana teknik yang perlu untuk saya berjinak- jinak dalam bidang penulisan pulak?