"Writing is thinking," kata satu ungkapan. Menulis adalah berfikir.
Apabila menulis, kita memaksa diri untuk berfikir. Ini bermakna, semakin  banyak kita menulis, semakin aktif otak kita. Saya kira ini pengalaman  ramai penulis. Apabila duduk menulis, fikiran akan aktif dan idea akan  berkembang. Apa yang sebelum itu tidak terlintas di fikiran 'tiba-tiba'  menjelma di kertas apabila sudah duduk menulis. Idea mengalir deras  bersama derasnya tangan menulis atau mengetik papan kekunci. Satu idea  utama akan membawa ke satu demi satu idea cabang.
Kita tahu, banyak idea besar lahir melalui penulisan. Idea besar itu  kemudiannya dapat dikongsi oleh orang lain, lalu mempengaruhi pemikiran  ramai. Idea-idea besar itu dapat disusun sedemikian rupa apabila ia  diturunkan di atas kertas. Selagi ia tidak diturunkan di kertas, ia  masih tercaing-caing.
Oleh itu, menulis adalah salah satu cara yang baik untuk meriadah minda.  Bagaimanapun, tidak semua orang yang mindanya aktif dan cara  berfikirnya tersusun boleh menulis dengan baik. Sebabnya mudah - tidak  semua orang melazimi kerja menulis.
Orang yang cara berfikirnya tersusun boleh menjadi penulis yang baik  apabila dia membiasakan diri menulis. Dia hanya perlu banyak menulis, kerana menulis adalah satu skil atau kemahiran yang boleh dilatih. Kemahiran bukan semata-mata bakat atau anugerah semulajadi.
Memang seseorang itu tidak dapat menulis  dengan baik jika dia tidak rajin menulis, tetapi itu tidak bermakna dia  tidak boleh menjadi penulis. Mempunyai minda yang aktif dan cara  berfikir yang tersusun adalah pakej yang baik untuk menjadi penulis yang  baik asalkan seseorang itu mula dan terus menulis.
4 comments:
salam en zakaria,
alhamdulillah...
menulis dengan bahasa hati
perkongsian yang menarik.
terima kasih
Kerana itu jarang mendengar yang penulis menjadi nyanyuk pada usia tuanya. Otaknya selalu diguna untuk berfikir.
alhamdulillah...
bersetuju dengan ahmadyani...
ambil sahaja contoh yang terdekat...
SN A. Samad Said...
Ideanya tidak pernah luntuh walau usianya telah lewat...
Alhamdulillah saya minat membaca, bagaimana teknik yang perlu untuk saya berjinak- jinak dalam bidang penulisan pulak?
Post a Comment