Tiga minggu berturut-turut yang lalu saya mengendalikan bengkel penulisan. Pertama, bengkel asas penulisan novel remaja Islami, yang kedua, bengkel asas penulisan berkesan (untuk 35 orang guru sebuah rangkaian sekolah-sekolah Islam seluruh Malaysia) dan yang terakhir, bengkel asas penulisan buku motivasi Islami. Di bawah ini adalah ulasan seorang peserta bengkel yang terakhir:
"Saya memanjatkan kesyukuran pada Allah kerana telah memberi dorongan untuk mengikuti Bengkel Penulisan tempoh hari. Memang telah lama berhasrat untuk menulis, tetapi kekangan masa telah membuatkan saya mengabaikan niat murni itu.
"Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan modul pengisian bengkel. Ini merupakan bengkel penulisan pertama buat saya. Jadi, saya benar-benar bernekad untuk mengambil manafaat dan tidak mahu terus menunggu untuk menterjemahkan hasrat menulis buku.
"Kerja rumah yang di beri memang mencabar kerana tempoh masa yang pendek. Namun, dengan sedikit tekanan ini, saya yakin peserta bengkel boleh mengaplikasikan fahaman tentang halangan seorang penulis yang dibentangkan di dalam bengkel.
"Pengalaman yang dikongsi penulis 'Senyumlah' (buku motivasi Islami terbitan GISB tulisan Syed Alwi Alatas - Zakaria) telah dapat menyuntik semangat untuk menulis. Kalau dia boleh, kenapa tidak saya? Kerja berkumpulan untuk merangka buku sangat berguna. Itulah cara yang saya telah gunakan untuk merangka proposal. Jumlah yuran yang di kenakan berpatutan, jauh lebih murah dari ilmu yang di bawa pulang.
"Tahniah pada Galeri Ilmu yang tidak pernah kenal penat lelah dalam usaha untuk mertabatkan budaya ilmu. Hanya Allah yang mampu membalas usaha kalian."
Peserta ini, dan dua peserta lain, telah menghantar 'kerja rumah' mereka kepada saya iaitu proposal buku motivasi Islami masing-masing. Manakala dua peserta yang lain sudah menghubungi saya, membayangkan cadangan buku mereka yang belum sempat mereka turunkan di atas kertas. Dan saya yakin, beberapa orang peserta lagi akan berbuat demikian dalam waktu terdekat ini.
Apa yang dapat saya katakan, kesemua proposal buku yang saya terima setakat ini mempunyai kekuatan tersendiri dan ada potensi untuk diterbitkan.
2 comments:
Salam, tuan.
Ruginya saya tak dapat turut serta untuk bengkel ini. Saya sangat berminat untuk menulis buku motivasi Islami. Hmmm...
Waalaikumussalam.
Kami sedang merancang bengkel berikutnya. Akan dimaklumkan dalam blog ini, insya-Allah.
Blog sdr ditulis dengan bahasa yang kemas rapi. Teruskan menulis.
Post a Comment