Apakah yang membezakan novel Islami dengan novel bukan Islami?
Persoalan ini saya kongsikan dengan 14 orang peserta Bengkel Penerapan Nilai Islam Dalam Novel di Galeri Ilmu Sdn Bhd (GISB) pada Sabtu lepas. Saya menyenaraikan lima kriteria novel Islami yang GISB mahukan.
Apa yang saya senaraikan sebagai kriteria novel Islami ini mungkin tidak tepat sepenuhnya, tetapi ia dapat memberi sedikit suluhan. Niat yang murni dan matlamat yang jelas saja tidak memadai dalam menghasilkan novel Islami (novel awal remaja, novel remaja, novel dewasa, novel sejarah dan genre lain).
Supaya proses berkarya diterima sebagai ibadah oleh Allah, selain niat dan matlamat mesti jelas kerana Allah, karya itu mesti diberi wajah dan sentuhan Islami yang jelas serta menghasilkan natijah yang baik.
Berikut adalah lima kriteria novel Islami yang GISB mahukan:
1. Watak Yang Mendidik
Watak yang diangkat menjadi watak utama di dalam novel Islami adalah watak yang dapat menjadi ikutan. Watak yang secara fitrahnya disenangi oleh pembaca. Watak yang ada ciri-ciri keperibadian yang para pembaca suka untuk salin pada diri mereka. Watak yang menampilkan dakwah lisanul hal (melalui perbuatan) mahupun lisanul maqal (melalui kata-kata). Pembaca akan ingat dan terkesan dengan ketinggian peribadi watak ini.

Dalam banyak-banyak watak yang menghidupkan cerita, watak yang dijulang ialah watak yang memiliki banyak ciri kesempurnaan atau berkembang ke arah itu. Watak itu mungkin bukan watak protagonis utama, tetapi ia berfungsi sebagai ‘mentor’ kepada watak utama. Apabila satu-satu watak itu tersesat jalan dan menjadi lemah, watak mentor ini tampil menguatkan.
Watak yang harus dijulang juga ialah watak yang ada daya tahan dengan ujian dari Allah, bukan watak yang lemah atau mudah putus asa dari rahmat Allah. Watak ini juga bukan watak yang ‘anti-shariah’, lebih-lebih lagi yang kaki maksiat (seperti sesetengah watak hero dalam banyak novel Barat). Sebaliknya, watak ini mengangkat tinggi syariat.
Novel Islami juga harus didominasi oleh watak yang faham Islam atau berkembang ke arah itu. Sifat lapang dada dan pemaafnya lebih menonjol daripada sifat irihati dan dendam. Dia didendami tetapi dia tidak berdendam. Apabila datang rasa dendam, ada usaha watak ini untuk melawannya atau ada watak lain membantu menguatkan jiwanya.
Dalam novel Islami tidak ada tempat istimewa untuk watak tipikal yang perengus, baran, miang, pendendam, dan sebagainya yang tidak dapat dijadikan contoh. Apabila ada watak begitu dalam novel Islami, ia diletak terpinggir, tidak dominan dan kalah.
2. Dialog Yang Positif
Dialog positif (sopan dan berakhlak) lebih dominan daripada dialog kasar dan biadab. Jika ada sedikit dialog kasar atau biadab, ia mesti diletakkan kena pada tempatnya dan mesti diiringi dengan banyak dialog lain yang sopan dan berakhlak. Dengan kata lain, dialog negatif jika pun perlu dimasukkan, harus disukat ‘dos’nya supaya pembaca lebih ingat dan terkesan dengan dialog-dialog positif.
Misalnya dialog positif yang membawa kepada rasa bertuhan dan sifat hamba, dialog yang mencerminkan sifat pemaaf, penyayang, belas kasihan, berlapang dada dan sebagainya.
3. Babak dan Aksi Yang Selektif
Babak dan aksi positif lebih dominan. Akhlak dan adab Islam diselitkan di mana-mana tempat yang sesuai. Perangai buruk atau perilaku jahat tidak ditonjolkan sangat atau berlebih-lebihan.
Babak yang mengheret watak kepada situasi ‘powerlessness’ (habis ikhtiar) harus dimanfaatkan untuk menyuntik nilai tauhid – penyerahan diri dan pergantungan pada Allah. Bukan sekadar menyedapkan cerita dengan elemen suspens.
4. Naratif Yang Seimbang
Penceritaan tentang latar tempat dan situasi dikawal supaya seimbang, supaya tidak berlebih-lebihan dalam menceritakan yang negatif. Misalnya, penceritaan tentang kelab malam (jika perlu) tidak berlebih-lebihan. Tidak ada gambaran suasana tempat maksiat yang terlampau terang gambarannya. Begitu juga penceritaan tentang perangai buruk sesuatu watak, tidak berlebih-lebihan.
Penceritaan tentang alam sentiasa dikaitkan dengan kebesaran dan kebijaksanaan Tuhan.
5. Natijah Yang Baik
Impak novel Islami kepada pembaca harus positif, bukan sebaliknya. Sentuhan Islamnya harus mampu mengesankan jiwa/hati dan akal, seperti juga sentuhan yang mampu diberikan oleh dakwah dan tarbiah melalui cara lain. Kesan ini akan dirasai secara sedar atau di bawah sedar.

Novel Islami harus dapat memberi pengalaman rohani yang mengesankan kepada pembaca. Kesan itu harus dapat dirasai oleh hati, kerana hati ialah ‘suis’ kepada perubahan peribadi. Ia harus dapat membawa pembaca dari satu takah kepada satu takah yang lebih baik. Misalnya:
- dari rasa jauh kepada rasa dekat dengan Allah
- dari ‘meminggirkan’ Allah kepada membesarkan Allah.
- Dari memandang remeh syariat Allah kepada meninggikan syariat Allah.
- Dari keluh-kesah dengan ujian kepada redha dan berlapang dada.
- Dari menafikan nikmat kepada bersyukur dengan nikmat.
- Dari kecewa dan berputus asa kepada menaruh harap kepada rahmat Allah.
- Dari terbiasa melakukan larangan Allah kepada ghairah untuk taat.
- Dari bersifat pendendam kepada bersifat pemaaf.
- Dari tidak faham Islam kepada faham Islam.
- Dari iri hati kepada berlapang dada.
- Dari cinta dunia kepada cinta akhirat.

2 comments:
Salam. Seronoknya dapat mengikuti bengkel sebegini. Insya-Allah, jika keadaan mengizinkan, mahu sekali menghadiri bengkel penulisan yang dianjurkan GISB kelak. Moga satu hari, akan lahir penulis yang bisa mendekatkan manusia lainnya kepada Tuhan. Pena itu, walaupun bicaranya bisu tidak mustahil dapat mengajak manusia lainnya juga kepada Pencipta, insya-Allah.
Wkmsalam, muthiah. Sila datang ke bengkel akan datang di GISB. Kami akan maklumkan tarikhnya, insya-Allah.
Post a Comment