BENGKEL PENULISAN ISLAM

BENGKEL PENULISAN ISLAM TARIKH & TEMPAT: Belum ditetapkan dalam waktu terdekat.

Friday, May 29, 2009

Belajar Menulis Melalui ‘Model’

Seseorang yang hendak ‘terjun’ secara langsung ke dunia penulisan mesti kenal nama-nama penulis lain. Apabila dia hendak menekuni satu-satu genre penulisan, dia mestilah tahu ‘who’s who’ dalam genre penulisan itu.

Misalnya jika dia hendak menekuni kerja menulis novel, dia mestilah terlebih dahulu kenal nama-nama novelis lain, terutama novelis-novelis yang telah menghasilkan novel-novel yang baik, sama ada novelis tanahair atau luar negara. Bukan saja kenal orangnya tetapi juga kenal karya-karyanya.

Dalam penulisan novel pula ada genre novel kanak-kanak, remaja, misteri, advencer dan sebagainya. Maka seorang yang hendak menulis dalam satu-satu genre yang khusus – misalnya novel remaja – mesti kenal novelis-novelis yang sudah berjaya menghasilkan novel-novel remaja yang baik dan diterima umum.

Manusia cepat belajar dengan melihat model. Dengan membaca karya orang lain, seseorang penulis akan mendapat banyak perkara yang dapat membantunya menulis dengan baik. Karya orang lain itu adalah ‘model’ untuk ditiru (bukan diciplak) dan dicontohi.

Keadaannya lebih kurang sama dengan seorang peninju yang hendak terjun secara serius ke dunia tinju. Apabila dia kenal nama-nama peninju lain dan melihat pertarungan mereka, dia akan menadah banyak perkara yang akan membantunya bertinju dengan baik. Peninju-peninju lain itu adalah ‘model’ untuk ditiru.

Mengikut teori psikolinguistik pula, apabila seseorang banyak membaca buku dalam satu-satu genre, ayat-ayat yang biasa digunakan dalam genre penulisan itu akan tersimpan di setoran mindanya secara di bawah sedar. Misalnya dengan membaca banyak novel orang lain, ayat-ayat novel itu akan tersimpan dalam mindanya. Ayat-ayat itu akan mengalir dengan mudah apabila dia duduk menulis.

Oleh itu, memilih buku atau karya untuk dibaca adalah penting bagi penulis. Untuk mengambil mana-mana penulis lain sebagai ‘model’, karya-karya penulis itu perlu dibaca. Ini ialah jalan biasa bagi seseorang yang hendak serius menulis.

Hendak menulis karya yang 'bestseller'? Kita perlu ada 'model'. Tidak dapat tidak, kita harus kenal penulis-penulis 'bestseller' dan membaca karya-karya mereka.


4 comments:

D'Rimba said...

Mudahan saya juga mengikut jejak mereka menulis untuk manfaat semua.

Acinetobaxter said...

maaf tuan saya bertanya, bagaimana kalau model itu dari aliran english dan saya menulis dlm bahasa melayu...adakah ianya relevan?

Zakaria said...

Tuan Acinetobaxter,
Bagi saya, ia tetap relevan. Dalam bengkel saya Sabtu lepas, saya sarankan juga kepada para peserta supaya banyak baca novel Inggeris, biar apa pun genrenya (seram, thriller, penyiasatan, roman, remaja dsb). Wallahu a'lam.

iLHamWaN said...

dah mula beli dan baca novel-novel tentang remaja.cuma masih tercari-cari, siapakah yang harus dijadikan model.ada cadangan daripada tuan.