Baik ketika menyunting tulisan sendiri atau tulisan orang lain, kadang-kadang kita perlu mendengar bagaimana bunyi ayat yang ditulis. Saya sudah mengamalkan kebiasaan ini sejak sekian lama terlibat dalam dunia penulisan, iaitu membaca apa yang ditulis. Bukan sekadar membaca di dalam hati tetapi membaca dengan suara. Membacanya hingga telinga saya dapat mendengar bunyi ayat itu.
Apabila bertemu dengan ayat atau frasa yang agak tidak kena, saya akan membacanya dengan suara. Dengan cara ini, saya mendengar bunyi ayat atau frasa itu, bukan sekadar memprosesnya di dalam minda. Memang ada penjelasannya kenapa kita perlu mendengar bunyi ayat yang ditulis. Pengkaji sastera, Sharon Schuman berkata “we need to listen for more than logic, because sometimes our minds fail to explain errors that our ears can detect.” Ya, kadang-kadang minda kita gagal mengesan kesilapan yang telinga kita dapat kesan.

Apabila satu-satu ayat itu janggal didengar oleh telinga, kita perlu buat sesuatu, sama ada membuang atau mengolah semula ayat itu. Saya biasa buat begini pada tulisan saya sendiri atau tulisan orang lain yang saya sunting.
Oleh itu, kerja menyemak tulisan atau karya tidak cukup dengan hanya membacanya di dalam hati. Kita perlu membacanya dengan suara yang telinga kita boleh dengar. Ini juga satu kemahiran iaitu kemahiran mendengar bunyi ayat. Sudah tentu penulis tidak akan menguasai kemahiran ini jika dia tidak menyemak langsung tulisannya.

No comments:
Post a Comment