BENGKEL PENULISAN ISLAM

BENGKEL PENULISAN ISLAM TARIKH & TEMPAT: Belum ditetapkan dalam waktu terdekat.

Thursday, May 7, 2009

Bagaimana Memesan Buku Terbaru GISB

Ramai juga yang bertanya cara untuk mendapatkan buku-buku terbaru GISB yang belum sampai ke kedai-kedai. Kebanyakan buku terbaru GISB yang dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini akan mengambil sedikit masa untuk sampai di kedai. Satu cara mudah untuk memesannya melalui pos bagi yang berada di Malaysia adalah dengan mengikut langkah berikut:

1. Pastikan harga pesanan pos untuk sesebuah buku. (Lihat senarai di bawah bagi harga pesanan pos beberapa buku terbaru GISB. Harga tersebut adalah termasuk belanja pos antara RM1 hingga RM4 untuk senaskhah buku.)

2. Buat bayaran ke akaun Maybank berikut (atas nama GALERI ILMU SDN BHD) 564276200265. Simpan slip bayaran itu.

3. Tulis pesanan dengan menyertakan butiran berikut:
- Judul buku yang dipesan dan harganya termasuk belanja pos.
- Nama pemesan
- Alamat pemesan
- No. telefon pemesan

4. Fakskan butiran pesanan dan slip bayaran ke nombor faks: 03-61421611 (U.P. BAHAGIAN LANGGANAN).

5. Untuk pastikan faks itu sampai, sila hubungi nombor ini: 03-61421614 (Encik Elyas atau Encik Khairuddin).

Saya difahamkan, ia mengambil masa antara seminggu ke dua minggu untuk penghantaran pos.

Berikut adalah senarai harga pesanan pos bagi beberapa buku terbaru GISB (harga di sebelah kanan adalah untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak):

BAWA HATIMU KEPADA TUHAN RM23.00/RM24.00*
U-TURN KE JALAN LURUS RM24.00/RM26.00*
LANGIT ILAHI: Tuhan Tidak Lupakan Kita RM23.00/RM25.00*
RINDU BAU POHON TIN RM19.00/RM21.00*
BERCINTA SAMPAI KE SYURGA RM27.00/RM29.00*
I LOVE YOU TOO RM21.00/RM23.00*
BERAPA HARGA SEGULUNG IJAZAH: RM22.00/RM24.00*
KE MANA WANG ANDA? RM22.00/RM24.00*
ANDA DAN INTERNET RM16.00/RM18.00*
VT RM27.00/RM29.00*
DIARI ANEESA RM19.00/RM21.00*
ANDAI AKU AFFRINA RM19.00/RM21.00*
SATU BULAN TIGA BINTANG RM16.00/RM18.00*
JANJI MIFTAHUL RAUDHAH RM16.00/RM18.00*
HELLO, ANAK-ANAK AYAH! RM11.00/RM13.00*

Kadar harga ini hanya untuk penghantaran di dalam negara.

No comments: