BENGKEL PENULISAN ISLAM

BENGKEL PENULISAN ISLAM TARIKH & TEMPAT: Belum ditetapkan dalam waktu terdekat.

Wednesday, July 28, 2010

Jawatan Kosong

Sesuai dengan perkembangan pesat dalam pengeluaran buku di Galeri Ilmu Sdn. Bhd., (GISB) GISB mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan sebagai Editor Buku Agama.

Kelayakan
1. Memiliki minimum kelayakan Diploma dalam bidang yang berkaitan.
2. Mempunyai minat dan komitmen yang tinggi terhadap tugas.
3. Memiliki pengalaman dan ilmu bantu dalam bidang yang berkaitan.
4. Memiliki syahsiah Islamiah yang jelas dan komited dengan hasrat untuk membantu mendidik masyarakat melalui saluran media.

Tugasan

1. Menguruskan buku bermula daripada suntingan, susun atur sehingga masuk stor.
2. Berurusan dengan penyunting, pelukis atau pakar rujuk yang berkaitan.
3. Membuat semakan pruf (layout akhir) bahan dan rekabentuk kulit buku.
4. Menghubungi penulis mengenai hal-hal berkaitan dengan buku yang dikendalikan sekiranya terdapat masalah.
5. Menghadiri /membantu bengkel penulisan dan yang berkaitan yang dikendalikan oleh syarikat.
6. Memberi maklum balas kepada penulis berkaitan proposal dan manuskrip yang diterima.

CARA MEMOHON
1. Surat
Sila tulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat anda. Semua permohonan boleh dihantar kepada alamat:

PENGARAH JABATAN PENTADBIRAN
Galeri Ilmu Sdn Bhd
No 44, Astana Karya, Jalan Pekaka 8/3
Seksyen 8, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya,
Selangor

2. E-mel

Nyatakan jawatan yang dipohon di tajuk e-mel anda. E-mel permohonan ke alamat info@galeiilmu.com.my.

Semua permohonan perlu disertakan dengan:
Surat permohonan
Resume pemohon
Gambar terkini pemohon.

Tarikh Tutup Permohonan: 10 Ogos 2010

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum wbt..
nak tanya, jawatan ni utk sepenuh masa ke?

Anonymous said...

Berminat untuk bekerja secara sambilan - free lance from home. Bagaimana?

http://zakaria-sungib.blogspot.com said...

Waalaikumussalam.
Ya, jawatan ini untuk pekerjaan sepenuh masa. Untuk bekerja secara sambilan, tuan boleh ajukan resume ke e-mel saya: zakaria@galeriilmu.com.my.