BENGKEL PENULISAN ISLAM

BENGKEL PENULISAN ISLAM TARIKH & TEMPAT: Belum ditetapkan dalam waktu terdekat.

Tuesday, July 19, 2011

Lagi Ulasan Peserta Bengkel

Seorang lagi peserta bengkel penulisan buku motivasi yang saya kendalikan baru-baru ini mengulas begini dalam e-melnya:

1 Komen Keseluruhan Bengkel

Keseluruhan penilaian adalah sangat baik. Saya sememangnya dari dulu lagi bercadang mahu menulis Buku Motivasi Islami namun tidak tahu bagaimana untuk bermula dan selalu merasakan saya tidak mempunyai kelayakan untuk berbuat demikian. Dengan mengikuti bengkel tersebut, saya mendapat panduan yang berguna dan membuatkan saya lebih 'terarah' untuk memulakan penulisan saya.

Yuran yang dikenakan terlalu murah berbanding dengan apa yang kami perolehi. Saya andaikan pihak GISB hanya mengenakan kos operasinya untuk hari tersebut sahaja.

2 Cadangan untuk memantapkan Program Akan Datang
Saya cadangkan diberikan terus contoh 'proposal' untuk buku motivasi Islami semasa bengkel tersebut diadakan agar sebarang soalan, jika ada, dapat diajukan terus oleh peserta. Walau bagaimanapun syabas saya ucapkan. Bengkel tersebut telah melangkaui 'expectation' saya sendiri.



1 comment:

ummu said...

assalamualaikum
terima aksih atas perkongsian penagalaman saudara.
saya setuju dgn contoh proposal tersebut.sebenarnya, salah satu proposal yang saya dah ahnatar ke GISB, saya tak tahu nak meneruskannya.terima kasih kepada majalah anis yang siarkan cerpen Rahsia Abah pada Jun 2009