Manakala sebagai wadah Islam yang berkesan, buku itu dapat berkomunikasi (communicate) dengan jelas, mudah dan mampu menyampaikan maksud atau isi.
Ketika menerangkan aspek bahasa dalam tulisan, saya membuka pintu perbincangan. Maka ramai yang memberi maklum balas dan berkongsi ilmu. Antara yang kami bincangkan adalah ejaan istilah-istilah serapan dari bahasa Arab. Misalnya, nama surah al-Quran. Walaupun saya lebih cenderung kepada ejaan mengikut bunyi atau fonetik seperti asy-Syams, asy-Syu’ara dan an-Naml, beberapa rakan editor mengutarakan pilihan kaedah transliterasi mengikut aksara yang diguna pakai di dalam buku ilmiah (al-Syams, al-Syu’ara, al-Naml).
Dalam taklimat itu juga, saya memaklumkan tentang khidmat runding yang boleh diberikan oleh penyunting kepada penulis apabila perlu, seperti mencadangkan kepada penulis agar membaiki atau menambah isi. Juga tentang kadar bayaran kerja menyunting, kerangka masa menyunting sesebuah buku dan perkara-perkara lain yang berbangkit. Dengan bilangan manuskrip yang semakin banyak diterima di Jabatan Buku GISB, kerjasama daripada rakan editor di luar sana memang dialu-alukan.
4 comments:
salam En. Zakaria,
Saya setuju kalau ejaan ikut fonetiknya, sebab pada saya memang begitu Bahasa Melayu
Ar-Rahman, kalau dieja Al-Rahman, bila dibaca jadi salah, pelat pula. Hilang melayunya.
Waalaikumussalam Sdr Abuyon,
Terima kasih atas respons.
Assalamualaikum Tuan Zakaria,
Saya juga bersetuju dengan abuyon kerana itulah bacaaan yang tepat apabila kita mengaji. Ini surah dari kitab suci, bukan nama khas dari mana-mana karangan. Wajib dibaca mengikut tajwid (dan tartil) serta sebutan sebagaimana ia diturunkan.
Sila pertimbangankan.Syukran!
Waalaikumussalam Tinta Mustika,
Terima kasih. Akan dipertimbangkan, insya-Allah. Memang kita perlu ambil mana yang lebih memudahkan.
Post a Comment