Novel Islami adalah novel yang mempunyai roh atau nafas Islam. Apabila membaca Ayat-ayat Cinta misalnya, Islam terasa ‘hidup’ di dalam novel itu, bukan sekadar diperkatakan atau ditempelkan. Demikian juga apabila membaca karya-karya Buya Hamka.
Berikut adalah apa yang penulis boleh lakukan supaya novelnya ada roh Islam:
1. Mencipta watak-watak yang mempunyai sifat-sifat mulia.
Watak ciptaan ini adalah watak yang pembaca akan suka dan terangsang untuk salin pada dirinya. Dengan membaca kisah orang sabar, mudah-mudahan pembaca pun boleh sabar. Begitu juga apabila membaca kisah orang yang redha, orang yang bertaubat, yakin, pemaaf, berani, tawakal, sangat penyayang, sangat cinta kepada al-Quran, pembaca dapat dirangsang untuk menyalin sifat-sifat itu pada dirinya. Ini tidak bermakna watak itu semestinya sempurna.
Mungkin ada watak yang mempunyai banyak sifat mulia tapi sekali-sekala alpa juga. Ada pula watak yang sentiasa alpa tetapi sekali-sekala melakukan perkara mulia. Ada pula watak yang asalnya buruk dan sangat alpa tapi dikembangkan menjadi watak yang suka melakukan perkara mulia.
2. Mencipta watak yang suka buat amal soleh atau menimbulkan adegan-adegan amal soleh
Amal-amal soleh yang lebih menyentuh adalah amal-amal yang dianggap kecil tapi tinggi di sisi Allah. Sekadar contoh, dicipta watak yang setiap kali membayar tol dia akan bayarkan untuk kenderaan di belakangnya. Ada watak yang setiap kali dapat gaji, dia akan cium duit gaji sebagai tanda syukur dan asingkan terus bahagian untuk sedekah. Ada pula watak yang suka memudahkan urusan orang lain. Apabila membaca tentang orang beramal soleh, pembaca akan terangsang untuk beramal soleh.
3. Mencipta watak antagonis dengan 'dos' perlakuan buruk yang wajar

Watak ini fungsinya untuk menampakkan kepada pembaca akan hinanya sesuatu perbuatan, sifat dan akhlak buruk. Bagaimanapun, perlukisan watak ini tidak berlebih-lebihan, iaitu sekadar untuk membawa fungsi tadi. Apabila membaca kisah orang jahat, orang yang buat mungkar dan orang yang rendah akhlak yang dilukiskan dengan ‘dos’ yang wajar itu, pembaca akan rasa jijik dan terangsang untuk menjauhi perbuatan dan sifat buruk itu. Tetapi jika cara melukiskan kejahatan/keburukan itu melebihi 'dos', seperti dalam banyak novel Barat, ia boleh merangsang pembaca seronok atau jadi lali dengan perkara buruk.
4. Melukiskan kejadian alam atau kejadian makhluk bernyawa dengan mengaitkannya dengan Allah
Misalnya ketika melukiskan embun di hujung daun maka ia dikaitkan dengan waktu pagi – pagi yang Allah jadikan sempadan antara malam dan siang dengan maksud untuk memudahkan kehidupan manusia. Apabila membaca gambaran tentang kejadian ciptaan Allah sama ada kejadian alam atau kejadian makhluk bernyawa, mudah-mudahan pembaca akan rasa di hatinya betapa hebatnya Allah, luar biasanya kekuasaan Allah, bijaksananya Allah, sempurnanya Allah, maha kayanya Allah, adilnya Allah, hingga terangsang untuk menyucikan dan membesarkan Allah.
5. Menggambarkan Islam yang indah

Islam yang indah itu digambarkan sedemikian rupa hingga keindahan itu dapat dipindahkan ke hati pembaca. Misalnya, keindahan adab melayan tetamu, syariat berpakaian yang dikaitkan dengan soal aurat, keindahan cara bergaul, keindahan bersifat pemaaf, keindahan bersifat penyayang, keindahan taat, keindahan solat, keindahan bersilaturrahim, keindahan adab berjiran, keindahan peraturan berniaga dan sebagainya. Sudah tentu keindahan Islam digambarkan dalam aspek-aspek yang dirasakan sesuai dengan perkembangan plot dan perkembangan watak. Pembaca akan terasa diajak untuk turut merasai keindahan itu – keindahan syariat, keindahan adab dan keindahan akhlak Islam – secara yang begitu bersahaja.
6. Menerapkan adab-adab Islam melalui watak-watak novelnya
Misalnya melalui watak seorang anak yang mungkin nakal tapi sangat baik adabnya dengan ibunya – dia akan berdiri apabila ibunya yang sedang berdiri mengajak bercakap, dia akan duduk di lantai kalau ibunya duduk di kerusi, dia akan serta-merta merendahkan suara apabila datang ibunya. Atau, melalui watak remaja perempuan yang bersifat pemalu – tidak ketawa terbahak-bahak, tahu menjaga nada suara di depan lelaki, sangat tertib waktu makan. Apabila membaca tentang watak yang begitu kuat menjaga adab, pembaca akan terangsang untuk menyucikan Islam dan mengamalkannya.
7. Menulis dialog-dialog yang sopan dan manis di dalam novelnya
Hatta dalam adegan bertegang leher antara watak-watak sekalipun, penulis wajar mengekalkan dialog yang masih dikira sopan, bukan dialog yang kasar dan membawa konotasi rendah akhlak. Dalam novel-novel Hamka, kita tidak akan temui dialog-dialog yang membawa konotasi rendah akhlak. Saya sangat terkesan apabila membaca kata-kata sopan melalui dialog watak-watak dalam mana-mana karya beliau. Terasa indahnya menuturkan kata-kata yang sopan itu.
8. Menyelitkan adegan berdoa dan bermunajat yang boleh menyentuh emosi pembaca
Doa itu mungkin doa satu watak yang dipohonkan untuk kebaikan satu watak yang lain. Misalnya, doa seorang rakan untuk rakannya, doa suami untuk isterinya, doa majikan untuk kakitangannya, doa ahli perniagaan kepada rakan niaganya. Pembaca akan terasa indahnya hubungan hamba dengan Tuhan melalui doa, tersentuh dengan kandungan doa itu dan ingatannya terus kepada Allah yang dihadapkan doa itu.
Untuk menyuntikkan roh atau nafas Islam itu, ia lebih daripada sekadar soal shariah compliant. Bukan sekadar boleh atau tidak boleh di sudut syariat. Penulis mestilah sudah menghayati Islam di dalam kehidupannya sendiri. Ini akan membantunya memindahkan ke dalam karyanya apa yang dia sendiri sudah jadikan nafas kehidupannya. Penulis akan dapat berkarya secara bersahaja (natural) tanpa memaksa diri untuk ‘menempelkan’ Islam ke dalam karyanya.

2 comments:
saya berminat dengan post ini...
saya juga berpendapat, kita perlu kayakan watak2 yang mempunyai nilai2 yang murni untuk dijadikan contoh...
watak itu akan menterjemahkan ISLAM di dalam kelakuannya, dan menunjukkan realistiknya ISLAM itu di dalam kehidupan manusia....
persoalannya, manusia sering kata ISLAM itu terlalu idealistik...
pada saya, dengan kita kayakan watak2 sebegini, kita akan dapat gambaran yang sebenar....
ISLAM memang idealistik... sebab datangnya daripada ALLAH yang sempurna,
tapi dia juga bukan fantasi...
sebab Assabiquunal Awwalun telah merealisasikannya...
Sebenarnya apa yang saya tulis ini, walaupun saya rujuk kepada novel, ia relevan juga untuk drama dan filem, malah kartun dan komik. Cuma pendekatannya saja berbeza-beza.
Post a Comment