BENGKEL PENULISAN ISLAM

BENGKEL PENULISAN ISLAM TARIKH & TEMPAT: Belum ditetapkan dalam waktu terdekat.

Friday, October 31, 2008

Bercakap Dengan Khalayak

Dari sehari ke sehari selepas saya mula menulis di dalam blog sendiri, saya belajar mengenali khalayak pembaca dengan lebih dekat. Setiap kali menulis, saya nampak dengan lebih jelas siapa yang mungkin akan membaca tulisan itu. Pengunjung yang digerakkan hatinya oleh Allah untuk meninggalkan komen-komen di shoutbox atau di ruang komen adalah antara khalayak pembacanya. Saya mendapat maklum balas secara langsung daripada mereka.

Lalu saya sedar tentang satu perkara. Saya sedar yang saya harus mendisiplinkan diri untuk menulis dengan lebih kerap kerana ada orang yang mungkin menunggu-nunggu entri terbaru daripada saya. Saya harus meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dan tip-tip yang mungkin dapat dimanfaatkan oleh khalayak pembaca saya.

Dengan kata lain, saya harus ‘bercakap’ dengan khalayak pembaca saya itu sekerap mungkin.

Sudah tentu situasi ini mempunyai banyak kelebihan. Dengan mengenali khalayak pembaca dengan lebih dekat, penulis akan terbantu untuk menyampaikan sesuatu yang ditujukan khusus kepada khalayak pembaca itu.

Situasi ini samalah seperti seorang speaker yang bercakap di hadapan hadirin di dalam sebuah dewan. Sewaktu bercakap, dia akan memfokus kepada khalayak di hadapannya. Dia cuba meraikan khalayak itu dengan memperkatakan perkara-perkara yang mereka mungkin suka dan perlu dengar. Dia juga akan bercakap dengan cara yang mudah difahami oleh mereka.

Ini sesuai dengan pesan Rasulullah SAW agar kita berbicara dengan orang lain mengikut kadar akal orang itu. Oleh itu, amat penting bagi penulis untuk membayangkan siapa yang akan membaca tulisannya nanti. Jikalau dia menulis untuk bacaan remaja misalnya, dia harus membayangkan remaja bagaimana yang akan membacanya.

Jikalau khalayak pembaca itu adalah remaja terpelajar, cara penulis ‘bercakap’ dengan mereka tentu berbeza daripada cara bercakap dengan remaja kaki lepak umpamanya. Istilah dan ekspresi yang digunakan, cara mengolah ayat, contoh-contoh yang dibawa dan sebagainya dengan sendirinya akan disesuaikan dengan khalayak itu.

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz..
Saya salah seorang yang sedang mengikuti perkembangan blog ustaz..
Banyak yang saya perlu belajar dalam dunia penulisan..
Mohon tunjuk ajar, Ustaz..
Syukran..
:)

ady said...

Salam,
Ye..mmg benar,Ustaz mempunyai audiens yg menanti2 entri terbaru dari Ustaz.Saya adalah salah seorang darinya.Moga setiap catatan Ustaz menjadi ilmu yang berguna kpd saya untuk belajar menjadi penulis yang baik.

Anonymous said...

Waalaikumussalam.
Terima kasih jurnaldaie dan ady. Moga Allah merahmatimu dan memberkati penulisanmu. Doakan saya, mudah-mudahan dapat terus istiqamah dan dimudahkan oleh Allah untuk terus berkongsi ilmu dan tip. Halangan pasti ada dari semasa ke semasa, kerana itu caranya Allah hendak mendidik hamba-Nya.

Unknown said...

salam ziarah. saya pun peminat ustaz juga. Semoga suatu hari ini saya akan ada kolum di majalah ANIS atau yang sewaktu dengannya. Ameen


www.muhammadridwanto.wordpress.com

Anonymous said...

Saya berbesar hati dengan kunjungan rakan penulis dan calon penulis. Lebih-lebih lagi dari penulis blog yang telah lama berblog, seperti Sdr Muhammad yang lebih setahun setengah mendahului saya berblog. Bukan sekadar kolum dlm Anis, dengan kemahiran menulis yang saudara ada, saudara sudah patut menulis buku.