Sebagai satu penyelesaian, kami menempah stiker-stiker untuk dilekatkan pada setiap halaman buku berkenaan bagi menutup kesilapan yang berlaku. Ini bermakna, setiap naskhah buku perlu diselak helaiannya untuk ditampal stiker pembetulan. Namun, bagi buku-buku yang sudah terjual, kami memohon kerjasama para pembaca untuk mendapatkan sendiri teks pembetulan tersebut dari laman web GISB. Untuk itu, kenyataan berikut dikeluarkan oleh Jabatan Buku GISB:
"Kami memohon berbanyak maaf kepada para pembeli buku terbaru nukilan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd (GISB), kerana terdapat kesilapan teknikal yang tidak disengajakan pada buku tersebut.
"Kesilapan itu dikesan pada halaman 61 di mana terdapat ayat dan paragraf yang hilang (tidak tercetak). Kesilapan berlaku sewaktu proses akhir pembetulan di bahagian rekaletak sebelum dihantar ke kilang cetak.
"Bagi baki stok buku berkenaan yang masih ada, stiker yang mengandungi teks pembetulan ditampal pada halaman berkenaan. Bagaimanapun, bagi buku-buku yang sudah terjual - dan hal ini amat dikesali - berikut adalah teks pembetulan yang para pembaca boleh ‘copy & paste’, atau terus dicetak dan digunting untuk ditampal pada halaman buku yang dibeli. Sila klik di sini.

"Sekali lagi, kami memohon berbanyak maaf atas kesulitan."
– Wan Mohd Azmin Wan Dolah
Pengurus Jabatan Buku
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Para pembeli juga boleh menghubungi terus:
zakaria@galeriilmu.com.my
nasri@galeriilmu.com.my
019-3342642 (Zakaria)
013-7656245 (Nasri)
1 comment:
maklum...
Post a Comment