BENGKEL PENULISAN ISLAM

BENGKEL PENULISAN ISLAM TARIKH & TEMPAT: Belum ditetapkan dalam waktu terdekat.

Friday, April 10, 2009

Apabila Pandangan Tersingkap

Apabila kita faham tentang sesuatu, bukan sekadar tahu, persepsi kita akan berubah. Banyak yang akan tersingkap. Apabila persepsi berubah maka sikap dan tindak-tanduk juga berubah. Malah, kata-kata – lisan mahupun tulisan – turut berubah.

Oleh itu penting bagi penulis untuk memahami agama dengan sebenar-benar faham. Penting juga untuk penulis memahami situasi, memahami masyarakat, memahami sasaran pembaca, lebih-lebih lagi memahami subjek yang ditulis. Faham . . . bukan sekadar tahu, seperti orang yang sudah merasai manisnya gula, bukan sekadar tahu gula itu manis.

Untuk faham agama dengan sebenar-benar faham maka kita harus terus belajar dan berguru. Kita juga harus memohon doa daripada Allah agar diberi kefahaman agama yang baik. Kerana ada sabda Nabi SAW yang mafhumnya, siapa yang Allah hendak dia jadi baik, maka Allah akan beri dia faham akan agama.
Dengan mendengar bicara orang yang faham agama, kita akan lebih cepat faham, berbanding mendengar bicara orang yang hanya tahu akan agama. Kerana orang yang faham, bicaranya ada hikmah. Kefahamannya akan mudah berpindah kepada orang yang mendengar.

Menulis juga perlu berserta hikmah, supaya mudah untuk berbicara dengan pembaca menggunakan bahasa ‘faham’, bukan sekadar bahasa ‘tahu’. Mudah-mudahan kita dapat mendidik diri menjadi penulis yang menintakan hikmah di hujung penanya.

No comments: