Norehan M.Nooh adalah satu nama baru dalam dunia penulisan, khususnya penulisan novel. Kelebihan beliau adalah menulis cerita tentang dunia remaja, kerana beliau seorang guru.
Berpengalaman mengajar di tingkatan satu hingga enam selama 13 tahun, beliau memanfaatkan kelebihan itu dalam menghasilkan novel sulungnya, Diari Aneesa.
Diari Aneesa adalah juga novel pertama diterbitkan oleh GISB. Inilah novel yang mula-mula saya tangani sebaik saja diamanahkan melahirkan novel-novel Islami melalui Jabatan Buku GISB.
Saya bersama Encik Roslan Kassim dan editor Rosmah Saidin, berbincang tentang proposal Diari Aneesa dengan Puan Norehan pada satu musim cuti sekolah. Puan Norehan menyatakan hasratnya untuk mendidik anak remaja melalui novelnya. Selepas mendapat gambaran yang jelas dan bersetuju dengan cadangan kami tentang format penulisan novel ini, beliau pun pulang dan memulakan kerja menulis Diari Aneesa.
“Ia memberi saya kepuasan!” ungkap beliau.

Puan Norehan, ibu kepada dua orang anak, mula bertandang ke pejabat lama GISB pada pertengahan 2008. Ketika itu Jabatan Buku belum ditubuhkan. Yang ada hanya Unit Buku di bawah Bahagian Penerbitan, yang diketuai oleh Encik Roslan Kassim.
Saya bersama Encik Roslan Kassim dan editor Rosmah Saidin, berbincang tentang proposal Diari Aneesa dengan Puan Norehan pada satu musim cuti sekolah. Puan Norehan menyatakan hasratnya untuk mendidik anak remaja melalui novelnya. Selepas mendapat gambaran yang jelas dan bersetuju dengan cadangan kami tentang format penulisan novel ini, beliau pun pulang dan memulakan kerja menulis Diari Aneesa.
Guru Bahasa Inggeris di SMK Ulu Kinta, Perak ini begitu teruja untuk melihat novelnya berada di rak-rak buku sebaris dengan novel-novel popular yang lain. Beliau tahu, untuk itu beliau harus mengorbankan rutin hariannya dan bijak mencuri masa. Kadang-kadang beliau menggunakan masa lewat malam iaitu selepas anak-anak tidur untuk berkarya.
Pada satu ketika, beliau menelefon saya bertanyakan bagaimana dan di mana beliau hendak menoktahkan novelnya. Nampaknya, beliau terikat dengan urutan tarikh diari yang melatari cerita dalam novelnya. Saya memberitahunya supaya membebaskan diri daripada ikatan tarikh itu dan lebih memfokus pada perkembangan cerita.
Akhirnya, dengan izin Allah, pada bulan Oktober 2008 iaitu dalam bulan Ramadan, beliau berjaya menyiapkan novelnya, setelah membahagikan masa menulis dengan rutin sebagai ibu, isteri dan juga guru.
Sewaktu beliau berkunjung ke pejabat baru GISB di Kota Damansara untuk menandatangani kontrak penerbitan Diari Aneesa baru-baru ini, kami bertanyakan perasaan beliau setelah berjaya menyiapkan novel sulungnya.
“Ia memberi saya kepuasan!” ungkap beliau.
Bagi seorang guru seperti beliau, pengalaman berdepan dengan anak-anak remaja saban hari benar-benar membantunya menggarap novel ini begitu rapi dan mewarnainya dengan kisah kehidupan remaja, khususnya pelajar. Penceritaannya tentang dunia remaja, dialog yang dimuatkan dan ekspresi remaja dipaparkan, terasa hidup. Kepada beliau, saya telah sarankan supaya memanfaatkan benar-benar kekuatan ini untuk menggarap karya-karya berikutnya.
No comments:
Post a Comment