Dalam tulisan kali ini, saya hanya mahu mengajak khalayak pembaca blog ini berkenalan dengan satu genre penulisan yang popular iaitu novel chicklit. Ia satu genre buku remaja yang semakin popular. Seperti juga genre-genre lain, novel chicklit adalah salah satu wadah yang boleh dimanfaatkan untuk berdakwah dan mendidik.
Di Barat, beberapa novel chicklit sudah dibawa ke layar perak atau tv. Antaranya Princess Diaries, PS I Love You, Devils Wear Prada dan Sex and The City.
Genre ini mula popular selepas novel Bridget Jones’s Diary karya Helen Fielding meletup di pasaran pada 1998. (Novel ini asalnya satu ruangan bersiri dalam The Independent, suratkhabar harian yang terbit di London.)
Selepas itu ramai penulis meniru gaya penulisan novel ini. Banyak novel chicklit kemudiannya menduduki senarai buku-buku bestseller.
Apakah yang dimaksudkan novel chicklit atau Chick Lit?

Chick adalah bahasa slanga Amerika yang merujuk pada wanita, manakala lit adalah singkatan daripada literature (sastera).
Novel chicklit adalah novel popular yang memaparkan warna-warni kehidupan wanita muda dalam suasana moden di bandar (metropolitan). Ia merupakan bacaan ringan yang disasarkan kepada pembaca remaja atau golongan muda (remaja menengah atas hingga akhir 20-an).
Berbeza dengan novel remaja biasa atau novel-novel roman, novel chicklit tidak bergantung pada tema tertentu tetapi berkisar tentang apa-apa saja yang berlaku dalam kehidupan wanita atau lelaki muda di bandar.
Ciri-ciri yang jelas pada novel chicklit:
• Watak utamanya adalah remaja atau orang muda dalam lingkungan umur 18-30 tahun. Kebanyakan novel chicklit menggunakan watak utama wanita dan memang kebanyakannya ditulis oleh penulis wanita. Jadi, umumnya ia adalah novel wanita untuk wanita. Tapi ada juga novel chicklit yang watak utamanya lelaki, seperti Dunia Ini Sederhana Kecil (PTS One) yang penulisnya juga lelaki.
• Memfokuskan cerita pada watak dan kehidupan di bandar.
• Plotnya mudah, menyentuh kehidupan seharian yang biasa-biasa.
• Pengolahannya sangat ringan, straight to the point dan cerita bergerak laju. Lebih berupa selang seli antara aksi dan dialog. Tidak banyak bunga-bunga dan tidak banyak perlukisan latar tempat dan suasana.
• Mempunyai unsur lucu (sense of humor), yang biasanya diselitkan secara bersahaja.
• Rekabentuk kulitnya juga biasanya simple, berbeza daripada kulit novel remaja biasa atau novel roman. Biasanya diberi latar belakang ‘plain’ (warna datar).
Pada Jun 2008, saya menghadiri satu majlis taklimat penulisan novel chicklit yang dihadiri sekitar 20 orang calon penulis. Editor PTS One, Sdr Nazri M.Annuar cuba memahamkan calon-calon penulis ini bagaimana bentuk novel chicklit yang pihaknya mahukan. Sifu PTS, Puan Ainon Mohd, turut hadir memberi sokongan di samping sekali-sekala memberi input, termasuk tentang penggunaan bahasa Melayu tinggi yang tidak harus dikesampingkan dalam penulisan novel begini.
Dalam majlis itu, sebahagian nama penulis chicklit antarabangsa disebut satu persatu, termasuk Sophie Kinsella (dengan siri Sophaholicnya), Candace Bushnell (Sex and The City), Meg Cabot (Princess Diaries), Lauren Weisberger (Devils Wear Prada), Lecilia Ahern (PS, I Love You), Marian Keyes, dan Jennifer Weinner.
Dalam perbincangan dengan peserta, beberapa cadangan plot dan tema ditimbulkan; antaranya:
• Persahabatan (seperti dalam Sex and the City)
• Kisah roomates
• Masalah berat badan (seperti dalam Bridget Jones’s Diary)
• Masalah ketagihan (seperti dalam Sophaholic)
• Kehidupan alam korporat dari sudut yang dekat dengan perempuan
• Wanita kerjaya yang takut bawa kereta
• Wanita yang baru mula bekerja
• Seorang adik yang termotivasi dengan sifat cemburu atas kejayaan abangnya
• Anak tukang masak yang tak tahu memasak
• Penyanyi nasyid yang dalam dilema kerana belum menjiwai agama
• Guru perempuan jadi guru disiplin
• Guru baru perempuan mengajar di sekolah lelaki
• Jururawat lelaki yang dibuli jururawat wanita
• Dilema lelaki lembut
Cadangan-cadangan plot dan tema ini menggambarkan salah satu ciri novel chicklit iaitu memaparkan kisah seharian yang biasa-biasa dan mempunyai unsur lucu.
Bagaimanapun, jangan kerana ia membawa kisah yang biasa-biasa maka genre ini dianggap karya picisan. Novel chicklit bukan novel picisan. Novel begini juga menyediakan banyak ruang untuk diselitkan nilai didikan dan moral untuk mendidik golongan remaja. Ini bergantung pada niat dan kreativiti penulis.
Setiap buku adalah medium untuk menyampaikan mesej, walau apa pun genrenya. Marian Keyes, seorang penulis chicklit bestseller, yang merupakan pemegang ijazah undang-undang, ditanya apakah karya chicklit mempunyai apa-apa nilai selain daripada sekadar untuk ‘escapism’ dan hiburan. Katanya:
“I tackle serious topical issues in my books – from addiction to depression to infertility. The Chick Lit format (accessible, comic) makes it possible to thoroughly examine these painful subjects without scaring away or depressing the reader.”
Seorang penulis yang kreatif dan ada jiwa untuk mendidik masyarakat, apatah lagi yang ada jiwa dakwah, pasti akan melihat ruang ini sebagai cabaran untuk menghasilkan novel chicklit yang kaya nilai didikan. Bukan nilai didikan yang dipaksakan dalam dialog berbau khutbah, tapi nilai didikan yang diselitkan secara begitu halus dan berhikmah.
Oleh itu, jangan fikir melalui karya besar saja kita boleh menyalurkan dakwah dan didikan. Dan jangan fikir karya besar saja yang boleh menjadi harta intelek yang ‘evergreen’.

3 comments:
Pertama kali saya dengar genre NOVEL CHICKLIT..
Syukran atas perkongsian,ustaz...:)
Salam. Baha drpd Ipoh ucapkan tahniah. Semoga ilmu saudara yang begitu banyak di dalam bidang penulisan dan penerbitan dapat dikongsi bersama.Blog saya dah berpindah ke http://abuaqil08.blogspot.com/. Masih buntu mencari genre penulisan yang benar-benar dapat membantu diri dan manusia lain untuk mencari jalan kepada Pencipta. Minta pandangan dan komen saudara. Tq.
Salam Sdr Baha, selamat kembali ngeblog.
Mungkin saudara boleh cuba beristirahat di kedai buku yang besar beberapa jam dan meninjau-ninjau buku-buku yang ada. Mungkin di situ akan tercetus rangsangan menulis tentang subjek yang saudara benar-benar rasa serasi.
Post a Comment